Terpelanting atas jalan dihempap pokok tumbang

Terpelanting atas jalan dihempap pokok tumbang

KUALA PILAH – Satu video tular memaparkan kejadian empat beranak yang menaiki sebuah motosikal tercampak selepas dahan pokok patah di Jalan Bukit Putus, di sini, semalam.

Menerusi video berdurasi 59 saat itu kelihatan dahan pokok di tepi jalan tersebut patah ketika empat sekeluarga berkenaan melalui kawasan tersebut.



Kejadian itu menyebabkan pembonceng wanita dan kanak-kanak perempuan tercampak atas jalan.

Sebuah kereta jenis Proton Saga yang berada bersebelahan motosikal tersebut turut terkena serpihan dahan yang patah itu dan sempat memberhentikan kenderaannya apabila melihat mangsa terjatuh.

Menerusi ruangan komen, wanita dipercayai si ibu dan kanak-kanak tersebut sudah mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah akibat kecederaan di bahagian muka.

Menurut maklumat yang dikongsikan, mereka sekeluarga dalam perjalanan menghantar pesanan makanan.



Sementara itu, sumber polis berkata, setakat pukul 6 pagi tadi, mangsa masih belum membuat laporan polis. K Online

Terpelanting atas jalan dihempap pokok tumbang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Tinggalkan solat Jumaat kerana bermusafir, ini hukumnya

Ruhainies baru balik umrah kan, kenapa seksi sangat? (Video)



Boikot Starbucks, Berjaya Food rugi RM 33.16 juta suku ketiga

Isteri menjadi dosa jika lakukan 2 ibadah ini



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker