Terjatuh gaung di Bukit Broga, remaja maut
Terjatuh gaung di Bukit Broga, remaja maut
KAJANG: Remaja lelaki berusia 16 tahun maut dipercayai terjatuh dalam gaung sedalam 10 meter ketika beriadah di Bukit Broga, Semenyih, dekat sini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, berkata pihaknya menerima laporan seorang remaja sesat di lokasi riadah itu pada jam 4.08 petang, semalam.
Beliau berkata, kejadian itu dilaporkan oleh seorang lelaki dipercayai penjaga kepada mangsa, Adi Putra Affendi, 16, yang ketika kejadian melakukan aktiviti riadah bersama penjaga serta dua lagi rakannya.
“Mereka memulakan pendakian pada jam 8 pagi sebelum mangsa disedari hilang pada jam 11.15 pagi.
“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih digerakkan ke lokasi bagi menyelaras gerakan mencari dan menyelamat bersama agensi bantuan lain seperti polis, malim gunung, renjer hutan, Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta pasukan bomba sukarela membabitkan kekuatan 47 anggota.
“Operasi pencarian menggunakan kaedah ‘sweeping searching’ dijalankan dari Puncak 1 hingga Puncak 3 membabitkan keluasan 1.5 kilometer,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Md Razali berkata, operasi pencarian pada hari pertama ditangguhkan jam 2.30 pagi selepas gagal menemui mangsa sebelum diteruskan semula pagi ini.
Beliau berkata, pasukan penyelamat kemudian menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai terjatuh gaung pada kedalaman 10 meter di lokasi kira-kira 100 meter dari pintu gerbang Bukit Broga pada jam 2.50 petang tadi.
“Mangsa berjaya dibawa keluar oleh pasukan penyelamat pada jam 3.42 petang.
Bagaimanapun, katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.
Mayat mangsa sudah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Kronologi remaja sesat dan jatuh gaung di Bukit Broga:
– Mangsa bersama penjaga yang dipanggil Walid serta dua rakan dikenali sebagai Fizo dan Qayyum memulakan pendakian pada jam 8 pagi, semalam dan sampai ke Puncak 3 Bukit Broga pada jam 10.10 pagi.
– Pada jam 10.30 pagi, mangsa dan kumpulannya mula bergerak turun dan Walid dikatakan berjalan agak jauh dengan mereka kerana mengalami kecederaan di kaki.
– Sekitar jam 11.15 pagi, mangsa menyedari Walid ketinggalan dan mangsa dan dua rakan memutuskan untuk mendaki semula mencari penjaganya itu. Dua rakan melihat Walid turun melalui trek lain dan tidak dapat memanggil mangsa kerana jarak yang jauh.
– Sekitar jam 12.30 tengah hari, Walid dan 10 minit kemudian, Fizo dan Qayyum tiba di kaki bukit namun mangsa tidak dapat dikesan sehinggalah pihak berkuasa dimaklumkan. BH
Terjatuh gaung di Bukit Broga, remaja maut
Baca Artikel Menarik:
- Yang cabul sepupu itu cucu saya – Khadijah Ibrahim
- ‘Saya minta maaf, ia bukan kubur sebenar tapi ‘set up’ untuk penggambaran’
- Kalau KBS beri projek kepada suami Hannah baru salah – Azam
- Hampir setiap hospital, klinik kerajaan kekurangan doktor
- Mengapa terdesak jual saham MAHB kepada GIP – Hassan Karim
- Pejalan kaki maut digilis beberapa kenderaan
- Zafrul beritahu tentang titah adendum – Wan Rosdy
- Pemuda dan Wanita PKR lesu – Hassan
- Hamzah elak jawab apakah PN sokong tauke kaya – Anwar
- Pintu buka masuk balik?
- 2 jenama rempah dari India ada agen penyebab kanser – CAP
- Ayah kami Uncle Mike
- Pengarah syarikat jam Islamik didenda RM13,500, jual jam azan tanpa perakuan
- Andrew Sia jahil, bodoh sejarah – Mustapha
- ‘Semua salah TMJ’ – Tunku Ismail selar Selangor FC
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ruhainies baru balik umrah kan, kenapa seksi sangat? (Video)
Boikot Starbucks, Berjaya Food rugi RM 33.16 juta suku ketiga
You must be logged in to post a comment.