Saya takkan kembali ke parti rosak, ditolak rakyat – Annuar Musa

Saya takkan kembali ke parti rosak, ditolak rakyat – Annuar Musa

Bekas setiausaha agung BN, Annuar Musa mempersoalkan kewajaran untuk kembali kepada Umno – parti yang dianggapnya sebagai tidak relevan angkara dirosakkan oleh pemimpinnya.

Dalam satu kenyataan malam semalam, Annuar menggesa mereka supaya mempertimbangkan pilihan lain.

“Pokok pangkalnya kita perlu bertanya diri untuk apa kita mendukung atau menyokong sesuatu parti.

“Apa lagi jika parti itu sudah jelas rosak angkara pemimpinnya, tidak releven dan ditolak oleh rakyat secara total dan nyata,” kata bekas ahli parlimen Ketereh itu.

Kenyataan Annuar menyusul selepas ahli majlis kerja tertinggi (MKT) Umno Jalaluddin Alias berkata parti itu bersedia menerima pemimpin dan ahli parti itu yang dipecat selepas pilihan raya umum lalu.

Jalaluddin berkata parti itu bersedia memberi peluang kedua kepada mereka yang tetap setia dan masih percaya kepada perjuangan parti.

Annuar yang juga bekas ahli parlimen Ketereh menyertai PAS tahun lalu selepas disingkirkan dari Umno.

Bekas setiausaha agung BN itu pernah menganggotai Umno dari 1979 hingga 2022.

Saya takkan kembali ke parti rosak, ditolak rakyat – Annuar Musa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tinggalkan solat Jumaat kerana bermusafir, ini hukumnya

Ruhainies baru balik umrah kan, kenapa seksi sangat? (Video)

Boikot Starbucks, Berjaya Food rugi RM 33.16 juta suku ketiga

Isteri menjadi dosa jika lakukan 2 ibadah ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker