Pasangan viral dah nikah

Harap tiada lagi mana-mana pihak bersangka buruk.

Pasangan viral dah nikah

PASANGAN yang tular sebelum ini sah bergelar suami isteri, dinikahkan di Masjid Al Maarufi Seberang Kota, Kuala Kedah semalam selepas solat asar semalam dengan sebentuk cincin dan mas kahwin bernilai RM1,000.

Mohd Azlan Ishak, 36 dan pengantin perempuan Nor Hidayu Salim selamat dinikahkan dengan sekali lafaz sahaja dengan busana serba putih.

Sementara itu Imam masjid, Muhammad Hazamer Mualim yang menikahkan pasangan terbabit mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak permudahkan pernikahan mereka.

‘’Mereka ini sudah berusaha untuk menghalalkan hubungan dan seharusnya kita menolong mereka dengan tidak berbicara yang buruk tentang status perkahwinan mereka ini.

‘’Selepas selesai urusan akad nikah ini, saya nasihatkan dia juga untuk selesaikan urusan nasab anaknya pula,” katanya.

Selepas kisah gelap dalam hidup mereka menjadi buah mulut dan kecaman dari warganet, akui kesilapan yang dilakukan namun berazam untuk membaiki kehidupan dengan lebih baik.

Azlan juga berharap selepas ini tiada lagi mana-mana pihak yang bersangka tidak baik kepada keluarga.

“Saya telah menjalankan kewajiban saya sebagai orang Islam dan menghalalkan hubungan saya dengan Nor Hidayu.

“Selepas ini kami mahu tutup buku lama dan buka buku baru menjalani kehidupan kami,” katanya semasa majlis akad nikah.

Terdahulu, kisah pasangan yang tular membawa anak mereka menaiki motosikal dengan alat bantuan pernafasan khas telah mendapat perhatian ramai.

Selain Perdana Menteri Malaysia yang menghulurkan bantuan,, pasangan terbabit turut menerima sebuah kereta terpakai jenis Proton Persona bagi membolehkan mereka bergerak membawa anak-anak ke hospital bagi pemeriksaan kesihatan.

Pasangan viral dah nikah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tinggalkan solat Jumaat kerana bermusafir, ini hukumnya

Ruhainies baru balik umrah kan, kenapa seksi sangat? (Video)

Boikot Starbucks, Berjaya Food rugi RM 33.16 juta suku ketiga

Isteri menjadi dosa jika lakukan 2 ibadah ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker