Dua Lipa beraksi di Kuala Lumpur November ini

Dua Lipa beraksi di Kuala Lumpur November ini

Pemenang tiga kali Anugerah Grammy, Dua Lipa bakal menggegarkan Malaysia menerusi Dua Lipa Radical Optimism Asia Tour di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 23 November depan.

Bukan hanya Malaysia, pemenang tujuh kali Anugerah Brit itu turut menjelajah tujuh lagi negara, bermula Singapura pada 6 November.



Ia diikuti Jakarta, Indonesia (9 November); Manila, Filipina (13 November); Tokyo, Jepun (16 & 17 November); Taipei, Taiwan (20 November); Bangkok, Thailand (27 November) dan berakhir di Seoul, Korea Selatan (4 Disember).

Pengumuman itu dilakukan menerusi kenyataan media dikeluarkan oleh Live Nation.

Pengumuman jelajah itu dilakukan selepas penyanyi berketurunan British-Albania mengeluarkan album ketiga, RadicalOptimism yang menduduki tangga pertama dalam carta muzik di 11 negara.

Di Amerika Syarikat (AS), album berkenaan menduduki tangga pertama di carta Billboard menerusi kategori Top Album Sales, manakala tangga kedua (carta Billboard 200), sekali gus menjadikan jualan album terbesar buat Lipa.



Album itu memuatkan lagu seperti Houdini, Illusion dan Training Season.

Terdahulu, penyanyi yang popular dengan lagu Levitating itu mengumumkan konsert di Berlin, Jerman; Pula, Croatia dan Nimes, Perancis, di mana tiket sudah habis dijual, bulan depan.

Selain itu, Lipa juga akan membuat persembahan di Festival Glastonbury (28 Jun) dan Royal Albert Hall London (17 Oktober), tiketnya juga licin habis dijual.

Pada 2021, album Future Nostalgia dicatatkan sebagai album artis wanita paling lama menduduki carta Top 10 dalam carta Billboard 200.



Album yang memuatkan lagu seperti Physical, Don’t Start Now dan Levitating itu dikeluarkan ketika pandemik COVID-19 melanda seluruh pada 2020.

Tiket Dua Lipa Radical Optimism Asia Tour di Axiata Arena akan mula dibuka untuk dijual pada 10 Jun ini.

Terdahulu, Lipa pernah menyertai Festival Good Vibes di Genting Highlands pada 2017, seterusnya singgah ke Malaysia lagi pada 2018.

Lipa pernah berkongsi, Kuala Lumpur adalah salah satu lokasi percutian paling menarik yang pernah dilawatinya dalam pengembaraan ke seluruh dunia.



Penyanyi berusia 29 tahun itu berkongsi ketika sesi soal jawab secara langsung bersama peminat dalam TikTok, tahun lalu.

“Banyak tempat saya pergi, tetapi kegemaran saya ialah Kuala Lumpur. Saya melawat banyak kuil menakjubkan di sini.

“Ia adalah salah satu pengalaman paling menarik yang saya alami ketika berada di Asia,” katanya. BH

Dua Lipa beraksi di Kuala Lumpur November ini



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tinggalkan solat Jumaat kerana bermusafir, ini hukumnya



Ruhainies baru balik umrah kan, kenapa seksi sangat? (Video)

Boikot Starbucks, Berjaya Food rugi RM 33.16 juta suku ketiga

Isteri menjadi dosa jika lakukan 2 ibadah ini

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker