Detik-detik ajaib yang kita hilang

Sekarang setelah 51 tahun pemergian P Ramlee, kita tidak henti-henti memuji dan memuja. Adakah sebab rasa bersalah?

Detik-detik ajaib yang kita hilang

Oleh Mohsin Abdullah

P Ramlee pulang ke Malaysia pada 1967 meskipun bintangnya menyinar di Singapura, mengukir nama sebagai pelakon, pengarah filem, penyanyi dan pencipta lagu menerusi Malay Film Production yang beroperasi di studio Jalan Ampas. Tidak lama selepas P Ramlee meninggalkan Singapura, studio itu tutup buat selamanya.



Kepulangannya ke Malaysia waktu pentas muzik Melayu sedang dilanda demam Pop Yeh Yeh. Lagu ciptaan P Ramlee dianggap ketinggalan zaman dan tidak lagi berkumandang di radio Malaysia dan Singapura. Pun begitu ada juga lagunya yang dirakam semula oleh penyanyi top waktu itu — membuktikan penggiat Pop Yeh Yeh yakin lagu P Ramlee masih boleh menduduki carta lagu pujaan dengan suntikan nafas baharu, menampilkan irama tiga gitar dan satu dram atau apa yang dipanggil kugiran, singkatan untuk kumpulan gitar rancak.

Saya teringat membaca penulisan mengenai P Ramlee tidak senang hati kerana izinnya tidak diminta terlebih dahulu sebelum lagu-lagu itu dirakam semula. Beliau dikritik keras semata-mata kerana menyuarakan haknya.

Mengenai filem pula P Ramlee punya impian besar. Beliau mahu melahirkan filem epic di Studio Filem Merdeka di Ulu Klang, di pinggir kota Kuala Lumpur. Untuk itu dia memerlukan bajet yang pada era lewat 60an dan awal 70an dianggap besar.

Sayangnya P Ramlee tidak dapat apa yang dihajati. Dengan peruntukan kecil, kemahiran terbatas, dan daya kreatif terhalang, beliau tidak punya pilihan melainkan membuat penggambaran di perkarangan studio dan kawasan berdekatan.



P Ramlee tidak diberi kesempatan untuk menghasilkan filem berwarna, lantas filemnya pada tahun 70an dalam hitam putih padahal merata dunia filem warna sudah lama ada.

Tanya kawan-kawan setia P Ramlee dan mereka akan cerita beliau bertungkus lumus mencari financiers tetapi tidak berjaya. P Ramlee pergi dari bank ke bank untuk mendapatkan pinjaman tetapi permintaannya tidak dilayan.

P Ramlee benar-benar mahu menubuhkan syarikat filem sendiri. Anaknya, Nasir, dalam buku “Bapaku P Ramlee” menceritakan guru tuisyennya bernama Cikgu Mat Nor terjumpa sekeping kertas memaparkan letterhead tertera “Perusahaan Filem P Ramlee”. Ini dijumpai semasa guru tersebut menolong mengemas barangan P Ramlee yang sedang bersiap untuk pindah ke Kuala Lumpur.

Kewujudan letterhead itu membuktikan P Ramlee sudah ada rancangan untuk menubuhkan syarikat apabila balik ke Malaysia semasa di Singapura lagi. Impian itu tidak menjadi kenyataan.



Pun begitu walaupun dengan bajet terhad, kadang kala dengan sedikit bantuan tetapi selalunya langsung tidak ada, P Ramlee dengan penuh keazaman menghasilkan juga filem di Studio Merdeka. Ada yang diterima baik penonton dan ada yang tidak.

Menjalin kerjasama dengan Jins Shamsuddin, yang kariernya dipupuk P Ramlee sendiri, Allahyarham mempelbagaikan aktiviti dengan membawa masuk filem box office Indonesia untuk ditayangkan di negara ini bertujuan mencari dana untuk melancarkan rancangan masa depan bersabit industri perfileman. Tetapi timbul masalah. Beliau tidak mempunyai tempat untuk menayangkan filem yang dibawa masuk. Dalam lain perkataan tidak ada panggung. Panggung wayang ternama atau established yang dikendalikan gergasi, Shaw Brothers, mengenakan caj amat tinggi.

P Ramlee dibantu Jins berjaya menyakinkan kerajaan untuk mengizinkan mereka menayang filem box office Indonesia di dewan auditorium Mara di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan di Dewan Hamzah di Klang serta beberapa dewan serbaguna. Tidak ada rotan akar pun berguna.

Itu menandakan penubuhan syarikat filem milik Bumiputera yang pertama di Malaysia. Ia dinamakan Perfima atau Perusahaan Filem Malaysia. Akhirnya Perfima berjaya mendirikan ‘panggung’ tersendiri, itupun jika boleh digelar panggung.



Sebenarnya ia bangunan usang separuh papan separuh batu, yang terletak di tanah lapang di sisi Jalan Tuanku Abdul Rahman. Bagi peminat nasi kandar, lokasinya di belakang Kudu Nasi Kandar sekarang.

Peranan bangunan itu ibarat sebuah dewan untuk tayang filem, tidak sempurna seperti sebuah panggung wayang gambar walaupun diberi nama Pawagam P Ramlee. Definitely not befitting the P Ramlee name.

Dalam buku “Bapaku P Ramlee” ada dikisahkan oleh Nasir tentang ‘zaman kekecewaan bapa’. Amat menyayat hati. Tidak perlu saya mengulanginya tetapi perlu dinyatakan ramai dalam kalangan masyarakat yang berada pada kedudukan boleh membantu tidak menghulur tangan. Ramai di antara kita yang membiarkan Allahyarham keseorangan. Terbiar. Rayuannya diabai.

P Ramlee meninggal dunia pada 29 Mei 1973.



Sekarang setelah 51 tahun pemergian P Ramlee, kita tidak henti-henti memuji dan memuja. Adakah sebab rasa bersalah kerana tidak menghiraukan P Ramlee semasa dia di samping kita?

Andai rayuannya dulu disahut pihak yang berkemampuan saya pasti pelbagai keajaiban seni akan P Ramlee persembahkan. Jelas kita kehilangan banyak magical moments hanya kerana ketika P Ramlee merayu tiada siapa yang sudi menghulur tangan.

Filem terakhir yang P Ramlee ilhamkan tidak sempat dihasilkan. Namun ada satu lagu dendangan Saloma yang namanya mengambil tajuk filem terakhir P Ramlee. FMT

Air Mata di Kuala Lumpur.



Al-Fatihah.

Detik-detik ajaib yang kita hilang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tinggalkan solat Jumaat kerana bermusafir, ini hukumnya

Ruhainies baru balik umrah kan, kenapa seksi sangat? (Video)

Boikot Starbucks, Berjaya Food rugi RM 33.16 juta suku ketiga

Isteri menjadi dosa jika lakukan 2 ibadah ini

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker