Akmal setuju dengan Ku Li
Perubahan bukan sekadar ikut umur, tetapi patuh ‘selera rakyat’, kata Dr Akmal
Akmal setuju dengan Ku Li
Pemuda Umno menyokong cadangan tokoh veteran Tengku Razaleigh Hamzah agar parti itu memberikan ruang kepada pemimpin baharu muda menerajui pucuk pimpinan.
Ketuanya, Dr Akmal Saleh bagaimanapun berkata, isu peremajaan parti bukan berasaskan usia semata-mata, sebaliknya mesti mengikut ‘selera rakyat’ yang mahukan parti ditambah baik.
“Perubahan dari segi kepimpinan, kita tak nafikan (perlu), tetapi apa jauh lebih penting adalah bagaimana parti ini perlu berubah mengikut apa yang diperlukan rakyat.
“Kurangkan birokrasi dan jika rakyat mahu pemimpin yang sentiasa dengan rakyat, serta ada integriti, ini jadi faktor untuk perubahan,” katanya kepada FMT.
Menyatakan bahawa beliau menghargai dan bersetuju dengan cadangan Tengku Razaleigh, Akmal menambah, parti itu juga harus mengubah mentaliti tatacara kerja dan lebih mendekati rakyat.
Isnin lepas, Tengku Razaleigh yang juga penasihat Umno memberikan amaran, parti itu akan musnah jika kepimpinan sedia ada gagal menjajarkan parti dengan kehendak majoriti orang Melayu.
Bagaimanapun, katanya, masih ada harapan untuk Umno jika pemimpin sedia ada memberikan ruang kepada pemimpin baharu yang lebih muda.
Umno berusaha meraih semula sokongan orang Melayu berikutan prestasi mengecewakan pada PRU 2022 dan PRN berikutnya.
Menurut pemimpin parti, pengundi Melayu marah dengan Umno kerana menyimpang daripada prinsip asal apabila bekerjasama dengan seteru lamanya, Pakatan Harapan (PH). FMT
Akmal setuju dengan Ku Li
Baca Artikel Menarik:
- Yang cabul sepupu itu cucu saya – Khadijah Ibrahim
- ‘Saya minta maaf, ia bukan kubur sebenar tapi ‘set up’ untuk penggambaran’
- Kalau KBS beri projek kepada suami Hannah baru salah – Azam
- Hampir setiap hospital, klinik kerajaan kekurangan doktor
- Mengapa terdesak jual saham MAHB kepada GIP – Hassan Karim
- Pejalan kaki maut digilis beberapa kenderaan
- Zafrul beritahu tentang titah adendum – Wan Rosdy
- Pemuda dan Wanita PKR lesu – Hassan
- Hamzah elak jawab apakah PN sokong tauke kaya – Anwar
- Pintu buka masuk balik?
- 2 jenama rempah dari India ada agen penyebab kanser – CAP
- Ayah kami Uncle Mike
- Pengarah syarikat jam Islamik didenda RM13,500, jual jam azan tanpa perakuan
- Andrew Sia jahil, bodoh sejarah – Mustapha
- ‘Semua salah TMJ’ – Tunku Ismail selar Selangor FC
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tinggalkan solat Jumaat kerana bermusafir, ini hukumnya
Ruhainies baru balik umrah kan, kenapa seksi sangat? (Video)
Boikot Starbucks, Berjaya Food rugi RM 33.16 juta suku ketiga
You must be logged in to post a comment.