Tarikh lihat anak bulan Zulhijah 7 Jun ini

Tarikh lihat anak bulan Zulhijah 7 Jun ini

Tarikh melihat anak bulan Zulhijah bagi menetapkan tarikh Hari Raya Qurban adalah pada petang Jumaat, 7 Jun 2024 bersamaan 29 Zulkaedah 1445 Hijrah, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja.

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja akan mengisytiharkan pada malam itu
juga tarikh 1hb Zulhijah dan tarikh 10 Zulhijah (Hari Raya Qurban) yang ditetapkan
melalui radio dan televisyen.



Kenyataan itu turut memaklumkan, jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Zulhijah pada petang hari itu di lebih 20 lokasi di seluruh negara.

Lokasi tersebut ialah Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; serta Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor.

Selain itu, Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang serta Kampung Pulau Sayak , Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, dan Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah.

Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut dan Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu di Terengganu serta Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu di Kelantan.



Pusat Falak Miri, Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu Sarawak; Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan di Sabah serta Bukit Tanjong Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands dan Menara Kuantan 188 di Pahang.

Turut menjadi lokasi melihat anak bulan ialah Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis.

Majlis Raja-raja telah mempersetujui cara menetapkan tarikh Hari Raya Qurban adalah berdasarkan rukyah dan hisab. –MG

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tinggalkan solat Jumaat kerana bermusafir, ini hukumnya

Ruhainies baru balik umrah kan, kenapa seksi sangat? (Video)



Boikot Starbucks, Berjaya Food rugi RM 33.16 juta suku ketiga

Isteri menjadi dosa jika lakukan 2 ibadah ini



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker