Siasat Asia Mobiliti sekiranya ada laporan – Anwar

Siasat Asia Mobiliti sekiranya ada laporan – Anwar

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata siasatan boleh dijalankan berhubung pemberian projek kepada sebuah syarikat dikaitkan dengan suami menteri, sekiranya suatu laporan dibuat.

Malah, katanya, sekiranya suatu siasatan dijalankan, ia harus dianggap seperti kes biasa lain yang perlu disiasat.



“Kalau ada laporan ada siasatan, dan patut ada penjelasan,” katanya kepada pemberita, selepas merasmikan forum ekonomi dan kewangan Islam di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Anwar menambah beliau menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa. “Kalau ada laporan, pihak berkuasa harus telus dalam siasatannya.”

Sebelum ini, persoalan timbul apabila Asia Mobiliti Technologies Sdn Bhd menjadi salah satu daripada dua syarikat yang diberikan projek oleh kerajaan Selangor untuk suatu sistem transit, tanpa melalui tender terbuka.

CEO syarikat itu Ramachandran Muniandy, suami kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.



Asia Mobility dan BadanBas Coach Sdn Bhd dipilih untuk perkhidmatan ‘Demand-Responsive Transit’ (DRT) bagi menyediakan perkhidmatan pengangkutan perbatuan pertama dan terakhir di Selangor.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkata ia tidak akan siasat kemungkinan ‘konflik kepentingan’ dalam pelantikan itu, kerana ia bukan suatu kesalahan.

Ketua Pesuruhjaya Azam Baki menjelaskan bahawa Yeoh tiada kaitan dengan kerajaan Selangor, yang memberikan kontrak itu.

Asia Mobility pula mempertahankan pelibatannya, dan berkata hanya dua syarikat di negara ini yang layak untuk menyediakan perkhidmatan yang ditawarkan itu.



Katanya, tender terbuka untuk proses pelantikan program Mobility Selangor akan mencipta satu monopoli di negeri ini, memandangkan ia “perkhidmatan baharu yang amat khusus”.

Sebelum ini, Exco Pelaburan, Perdagangan, dan Mobiliti, Ng Sze Han, berkata Asia Mobiliti dan BadanBas Coach terpilih untuk mengendalikan sistem itu selepas pembentangan kepada Jawatankuasa Pelaksanaan Projek Rintis DRT dan pengalaman mereka melaksanakan pembuktian konsep. FMT

Siasat Asia Mobiliti sekiranya ada laporan – Anwar

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tinggalkan solat Jumaat kerana bermusafir, ini hukumnya

Ruhainies baru balik umrah kan, kenapa seksi sangat? (Video)



Boikot Starbucks, Berjaya Food rugi RM 33.16 juta suku ketiga

Isteri menjadi dosa jika lakukan 2 ibadah ini



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker