Sharifah Sakinah mohon maaf

Sharifah Sakinah mohon maaf

WANITA bernama Sharifah Sakinah ini tidak pernah lari dengan pelbagai kontroversi yang mengaitkan namanya sebelum ini.

Ada sahaja hal negatif yang sentiasa menjadi topik perbualan ramai sehingga menerima pelbagai kecaman hebat daripada netizen di media sosial.



Bagaimanapun, bagi wanita berusia 35 tahun itu, dia tetap tenang mengharungi segala kritikan dan menganggap apa yang dilalui selama ini adalah asam garam dalam dunia seni.

“Sesekali apa yang dikongsikan di media sosial memang mendapat perhatian. Saya akui dan terima perkara itu kerana semua orang ada pandangan masing-masing.

“Apabila perkara itu berlaku, saya akan menjelaskan kepada keluarga. Lagipun kita kena faham orang sekarang ramai yang tertekan.

“Jadi, cara mudah menyalurkan kemarahan mereka itu ialah dengan cara mengeluarkan kenyataan di media sosial,” katanya.



Biarpun dikecam atas segala tindakan atau kontroversi yang mengaitkan namanya, Sakinah bagaimanapun tidak ‘lokek’ meminta maaf sekiranya perkara itu menguris hati mana-mana pihak.

“Bagi saya respons terbaik adalah tidak memberi respons. Diamkan diri. Jika saya ada berbuat salah, saya akan mohon maaf.

“Apabila ada saja komen negatif, saya tidak boleh mengatakan mereka itu berfikiran kuno atau tidak satu kepala dengan saya. Ini kerana saya tidak dibesarkan dengan begitu.

“Saya akui pengikut ini juga mempunyai karakter mereka tersendiri. Sama seperti berlakon, setiap individu ada personaliti dan watak masing-masing.



“Sebahagian mereka menyokong, ada yang mengkritik dan ada pula yang memberi nasihat,” katanya.

Pernah mengambil keputusan berehat seketika daripada menggunakan media sosial, Sakinah berkata, sepanjang tempoh beberapa tahun berehat dia mengambil keputusan menjalani beberapa terapi untuk mengembalikan aura positif dalam dirinya.

Siapa sangka, selepas tiga tahun mendapatkan rawatan, Sakinah kini aktif dan cuba menjadi manusia lebih baik daripada sebelumnya.

“Saya merehatkan diri sekejap dan mendapatkan rawatan psikiatri selain membaca banyak buku yang banyak memberi inspirasi. Kemudian perlahan-lahan saya kembali aktif di media sosial.



“Saya menggunakan media sosial bukan untuk mengutuk atau mencari perhatian. Tetapi, saya berusaha memberikan inspirasi kepada orang lain dan cuba untuk memberikan kesedaran kepada kesihatan mental.

“Saya juga kena sedar bahawa setiap kandungan yang dikongsikan ada impaknya kerana apa sahaja yang dikongsikan tentu akan diperkatakan,” katanya.

Menyentuh mengenai kerjaya seni lakonan, Sakinah berkata, filem terbaharu yang dibintangi berjudul Ngesot memberi cabaran baharu kepada dirinya sebagai pelakon.

Katanya, filem arahan Ayez Shaukat terbitan Kash Pictures Sdn Bhd dan Temasek Studios itu tidak membabitkan banyak dialog, sebaliknya dia perlu menguasai kemahiran ekspresi wajah.



“Saya perlu bermain dengan perasaan dan reaksi wajah bagi menjayakan watak sebagai Nisa iaitu wanita hamil yang khuatir keselamatan suaminya.

“Sebagai pelakon kita bukan sahaja perlu menambahkan kemahiran lakonan, tetapi turut kemahiran emosi watak.

“Filem ini banyak bermain dengan emosi. Kita ingin pamerkan kekuatan seorang wanita yang dia tidak akan menitiskan air mata menunggu suami yang tidak pulang ke rumah selepas beberapa hari di samping dirinya hamil,” katanya. HM

Sharifah Sakinah mohon maaf



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tinggalkan solat Jumaat kerana bermusafir, ini hukumnya

Ruhainies baru balik umrah kan, kenapa seksi sangat? (Video)

Boikot Starbucks, Berjaya Food rugi RM 33.16 juta suku ketiga

Isteri menjadi dosa jika lakukan 2 ibadah ini

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker