Perbezaan influenza, HFMD dan RSV
Perbezaan influenza, HFMD dan RSV
INFLUENZA, penyakit kaki tangan dan mulut (HFMD) dan RSV adalah penyakit jangkitan virus yang sangat senang merebak dan insidennya sangat ketara terutama dalam kalangan kanak-kanak.
Tahukah anda ketiga-tiga penyakit ini mempunyai perbezaan? Pun begitu masih ramai yang tidak dapat membezakannya hingga gagal mendapatkan rawatan awal.
Menurut Pakar Perunding Pediatrik dan Kardiologi Hospital Pantai Penang, Dr. Hasanah Ishak, influenza atau dikenali sebagai flu adalah penyakit saluran pernafasan yang senang berjangkit, boleh menyerang sesiapa sahaja dan ianya merbahaya pada kumpulan umur tertentu terutamanya kanak-kanak berumur lima tahun kebawah, warga emas 60 keatas, ibu mengandung dan pesakit yang mempunyai masalah kesihatan seperti asma, penyakit jantung, diabetes dan lain lain.
“Influenza berbeza daripada selsema biasa. Ini kerana gejalanya biasanya ringan, boleh jadi teruk dan boleh membawa kepada kematian. Gejalanya adalah demam tinggi pada dua hingga tiga hari pertama, berhingus, sakit tekak, sakit badan, batuk yang teruk, sakit kepala, letih dan kadang-kadang muntah dan cirit birit.
Ia boleh menyebabkan komplikasi jangkitan kuman paruparu (pneumonia), jangkitan dalam telinga dan juga sinus,” ujarnya.
Sementara itu, beliau menambah, rawatan influenza biasanya merawat gejala dan rawatan khusus anti- virus Oseltamivir. Oseltamivir lebih berkesan jika diberi pada peringkat awal jangkitan iaitu 48 jam dari gejala bermula.
“Pencegahan harian boleh dilakukan jika kita jauhkan dari pesakit bergejala dan menjaga kebersihan diri, contohnya batuk menggunakan kertas tisu atau ke atas lengan baju dan mencuci tangan dengan air dan sabun atau sanitizer. Influenza boleh dicegah atau dikurangkan keterukannya dengan mengambil vaksin influenza pada setiap tahun,” jelasnya.
HFMD
Dalam pada itu, Dr. Hasnah memberitahu, HFMD paling senang merebak dan sering terjadi pada kanak kanak terutamanya lima tahun kebawah. Ia menyebabkan ulser dalam mulut, tepi bibir dan ruam lepuh terutamanya tapak tangan, tapak kaki, lutut, siku, kelenkang dan punggung.
“Komplikasi HFMD adalah jarang tetapi sebilangan kecial kanak kanak boleh mendapat dehidrasi dan paling bahaya melibatkan jangkitan system saraf (viral meningitis, encephalitis), kegagalan jantung dan paru paru yang boleh membawa kematian.
“HFMD boleh dielakkan dengan mengamalkan SOP seperti menjaga kebersihan diri, membasuh tangan yang tercemar dengan sabun dan air atau sanitizer, bersihkan permukaan meja kerusi, tombol pintu, barang mainan dan elakkan dari bersentuh dengan pesakit yang bergejala,” katanya.
Pun begitu, beliau menambah, tiada rawatan khusus untuk HFMD, doktor biasanya memberi rawatan simtomatik seperti paracetamol, ubat ulser dan kadang kadang memerlukan kemasukan hospital untuk rehidrasi. Kes kes komplikasi serius memerlukan rawatan unit rapi (ICU) dan bantuan alat pernafasan.
RSV (Respiratory syncytial virus)
Sementara itu, RSV adalah sejenis virus yang sering menyerang saluran pernafasan yang biasanya menyebabkan gejala ringan. Kebanyakan pesakit boleh sembuh dalam masa 5-10 hari tetapi RSV boleh menjadi serius terutama kanak kanak setahun kebawah dan warga emas.
“Gejala biasanya bermula dalam masa tiga hingga enam hari selepas dijangkiti RSV. Tanda- tandanya termasuklah demam, selsema, batuk dan kurang selera makan. Gejala teruk yang perlu di beri perhatian, terutama bayi enam bulan kebawah adalah tidak bermaya, susah bernafas, pernafasan laju, dada berombak dan menangis yang berterusan. Jika ini terjadi kanak kanak tadi perlu dibawa berjumpa doktor dengan segera.
“Berbeza dengan penyakit lain, RSV boleh menyebabkan masalah jangkitan saluran pernafasan bawah yang serius iaitu bronchiolitis dan pneumonia terutamanya pada bayi kurang dari setahun.
“Biasanya penyakit yang ringan tidak memerlukan kemasukan hospital tetapi kes kes teruk (terutamanya golongan berisiko) perlu berbuat demikian bila mereka mengalami dehidrasi atau kesukaran bernafas. Mereka memerlukan pemerhatian dan rawatan rapi termasuk bantuan oksijen dan ada kalanya bantuan mesin pernafasan di unit rawatan rapi (ICU),” katanya.
Sama seperti HMFD, Dr. Rosnah memberitahu, tiada rawatan khusus untuk RSV. Biasanya doktor akan memberi ubat demam, ubat titisan hidung dan kadang kala antibiotik jika terdapat komplikasi kuman bakteria.
“Oleh itu, pastikan anak dalam keaadan selesa, lebihkan minuman, susu, jus atau pun sup. Jika gejala berterusan dan lebih teruk mereka memerlukan kemasukan hospital. Rawatan hospital termasuklah rehidrasi, bantuan oksigen dan kadang kala kanak- kanak ini memerlukan bantuan mesin pernafasan,” katanya. Utv
Perbezaan influenza, HFMD dan RSV
Baca Artikel Menarik:
- Yang cabul sepupu itu cucu saya – Khadijah Ibrahim
- ‘Saya minta maaf, ia bukan kubur sebenar tapi ‘set up’ untuk penggambaran’
- Kalau KBS beri projek kepada suami Hannah baru salah – Azam
- Hampir setiap hospital, klinik kerajaan kekurangan doktor
- Mengapa terdesak jual saham MAHB kepada GIP – Hassan Karim
- Pejalan kaki maut digilis beberapa kenderaan
- Zafrul beritahu tentang titah adendum – Wan Rosdy
- Pemuda dan Wanita PKR lesu – Hassan
- Hamzah elak jawab apakah PN sokong tauke kaya – Anwar
- Pintu buka masuk balik?
- 2 jenama rempah dari India ada agen penyebab kanser – CAP
- Ayah kami Uncle Mike
- Pengarah syarikat jam Islamik didenda RM13,500, jual jam azan tanpa perakuan
- Andrew Sia jahil, bodoh sejarah – Mustapha
- ‘Semua salah TMJ’ – Tunku Ismail selar Selangor FC
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ruhainies baru balik umrah kan, kenapa seksi sangat? (Video)
Boikot Starbucks, Berjaya Food rugi RM 33.16 juta suku ketiga
You must be logged in to post a comment.