Isham syok sendiri, nama tak masuk dalam buku pun
Isham syok sendiri, nama tak masuk dalam buku pun
Umno tidak akan memujuk dan “membentang karpet merah” kepada ahli dipecat, sebaliknya Puad Zarkashi berkata, kesediaan Umno menerima kembali bekas ahli merujuk mereka yang membuat rayuan menyertai parti semula.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) itu berkata, tidak timbul soal Umno terdesak, sebaliknya kenyataan Ketua Umno Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias merujuk kes rayuan beberapa bekas ahli yang dibangkitkan dalam mesyuarat parti.
“Umno tidak akan memujuk dan bentang permaidani kepada mereka yang dipecat. Apatah lagi orang macam Isham Jalil dan lain-lain yang tidak reti hidup berjemaah.
“Dalam MKT, sering dibangkitkan beberapa nama yang memohon untuk menyertai Umno semula. Isu mereka inilah yang dirujuk oleh Jalaluddin,” kata Puad dalam catatan Facebook.
Sabtu lalu, Jalaluddin yang juga ahli MKT berkata, parti itu sedia menerima ahli dan pemimpin disingkirkan selepas PRU lalu.
Susulan itu, Isham yang juga bekas ketua penerangan Umno menganggap kesediaan parti itu memberi peluang kedua kepada bekas ahli kembali ke pangkuannya sebagai langkah terdesak.
Puad yang juga Adun Rengit berkata, ada kalangan ahli dipecat dan digantung memohon rayuan mereka diluluskan segera.
“Tetapi, MKT tidak mahu tergesa-gesa. Justeru. tidak timbul Umno terdesak.
“Isham yang syok sendiri. Nama dia memang tidak masuk buku. Buat apa pujuk orang yang tidak hormat konsensus parti…parti akan punah-ranah.” FMT
Isham syok sendiri, nama tak masuk dalam buku pun
Baca Artikel Menarik:
- Yang cabul sepupu itu cucu saya – Khadijah Ibrahim
- ‘Saya minta maaf, ia bukan kubur sebenar tapi ‘set up’ untuk penggambaran’
- Kalau KBS beri projek kepada suami Hannah baru salah – Azam
- Hampir setiap hospital, klinik kerajaan kekurangan doktor
- Mengapa terdesak jual saham MAHB kepada GIP – Hassan Karim
- Pejalan kaki maut digilis beberapa kenderaan
- Zafrul beritahu tentang titah adendum – Wan Rosdy
- Pemuda dan Wanita PKR lesu – Hassan
- Hamzah elak jawab apakah PN sokong tauke kaya – Anwar
- Pintu buka masuk balik?
- 2 jenama rempah dari India ada agen penyebab kanser – CAP
- Ayah kami Uncle Mike
- Pengarah syarikat jam Islamik didenda RM13,500, jual jam azan tanpa perakuan
- Andrew Sia jahil, bodoh sejarah – Mustapha
- ‘Semua salah TMJ’ – Tunku Ismail selar Selangor FC
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tinggalkan solat Jumaat kerana bermusafir, ini hukumnya
Ruhainies baru balik umrah kan, kenapa seksi sangat? (Video)
Boikot Starbucks, Berjaya Food rugi RM 33.16 juta suku ketiga
You must be logged in to post a comment.