Bantulah kami untuk balik ke Malaysia
Bantulah kami untuk balik ke Malaysia
Sepasang suami isteri yang terkandas di Makkah memohon bantuan selepas agensi pelancongan yang menguruskan perjalanan mereka ke Tanah Suci bagi mengerjakan haji menggunakan visa pelancong tidak mahu mengembalikan pasport bagi membolehkan mereka pulang ke Malaysia.
Difahamkan, agensi yang mengendalikan pakej haji itu ada hubung kait dengan kes tiga jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sabtu lalu selepas gagal menyediakan tiket balik ke Malaysia untuk jemaah berkenaan.
Anak mangsa, yang mahu dikenali sebagai Ena, 33, berkata, bapanya berusia, 60, dan ibunya 58 tahun berlepas ke Makkah pada 2 Mei lalu menggunakan visa pelancong untuk mengerjakan haji.
Katanya, bapanya ada menghubungi beliau hari ini dan memberitahu agensi pelancongan itu gagal menyediakan visa haji seperti dijanjikan dan mahu menarik diri untuk menguruskan perkhidmatan mereka kerana bimbang berdepan risiko ditahan pihak berkuasa Arab Saudi.
Beliau yang juga bertugas sebagai penasihat undang-undang, berkata agensi pelancongan itu mengenakan syarat supaya ibu bapanya menandatangi surat perakuan agar tidak mendedahkan perkara itu kepada awam.
“Agensi pelancongan itu juga mengugut akan mengenakan saman jika ibu bapa saya menyalahkan agensi pelancongan itu mereka atas apa yang terjadi.
“Saya juga menasihatkan agar ibubapa tidak menandatangani surat itu kerana ia berbaur ugutan dari agensi pelancongan berkenaan untuk melepaskan diri dari kesalahan yang dilakukan mereka,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Ena berkata, beliau sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Nilai, Negeri Sembilan hari ini dan meminta pihak berkuasa menyiasat agensi pelancongan berkenaan yang dipercayai diuruskan pasangan suami isteri dan beroperasi di Seri Kembangan,Selangor.
Dalam pada itu, Ena sudah memohon bantuan daripada Lembaga Tabung Haji (TH) yang berada di Tanah Suci supaya dapat membantu mangsa yang berdepan masalah untuk dibawa pulang ke Malaysia.
“Saya bersedia memberi kerjasama dengan pihak berkuasa untuk memberi maklumat berkenaan agensi pelancongan itu bagi mengelak lebih ramai mangsa diperdaya pada masa depan, “katanya.
Sementara itu, sumber memberitahu selain pasangan suami isteri itu, ada 16 lagi bakal jemaah haji yang terkandas di diuruskan agensi pelancongan yang sama dengan tawaran pakej berharga RM45,000 seorang yang mana kesemuanya kini tinggal di Hotel Jawad Al Taj, Makkah.
Sabtu lalu, sepasang suami isteri berusia 50-an dari selatan tanah air dan seorang wanita berusia 40-an dari Sabah terkandas di KLIA selepas agensi yang mengendalikan pakej itu gagal menyediakan tiket balik ke Malaysia. BH
Bantulah kami untuk balik ke Malaysia
Baca Artikel Menarik:
- Yang cabul sepupu itu cucu saya – Khadijah Ibrahim
- ‘Saya minta maaf, ia bukan kubur sebenar tapi ‘set up’ untuk penggambaran’
- Kalau KBS beri projek kepada suami Hannah baru salah – Azam
- Hampir setiap hospital, klinik kerajaan kekurangan doktor
- Mengapa terdesak jual saham MAHB kepada GIP – Hassan Karim
- Pejalan kaki maut digilis beberapa kenderaan
- Zafrul beritahu tentang titah adendum – Wan Rosdy
- Pemuda dan Wanita PKR lesu – Hassan
- Hamzah elak jawab apakah PN sokong tauke kaya – Anwar
- Pintu buka masuk balik?
- 2 jenama rempah dari India ada agen penyebab kanser – CAP
- Ayah kami Uncle Mike
- Pengarah syarikat jam Islamik didenda RM13,500, jual jam azan tanpa perakuan
- Andrew Sia jahil, bodoh sejarah – Mustapha
- ‘Semua salah TMJ’ – Tunku Ismail selar Selangor FC
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ruhainies baru balik umrah kan, kenapa seksi sangat? (Video)
Boikot Starbucks, Berjaya Food rugi RM 33.16 juta suku ketiga
You must be logged in to post a comment.