Banduan dapat keputusan cemerlang dalam SPM

Tiada gajet dan rujukan tetapi tetap berjaya.

Banduan dapat keputusan cemerlang dalam SPM

Meskipun tidak mendapat kemudahan seperti pelajar lain yang menduduki peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), dua banduan dari Sekolah Integrasi Marang berjaya membuktikan ia bukan satu halangan untuk mencapai kejayaan.

Gigih berusaha mengulangkaji

Memetik laporan Berita TV3, Aiman, 20, bukan nama sebenar, dia amat bersyukur apabila mendapat keputusan cemerlang 8A dalam SPM 2023. Meskipun sedang menjalani hukuman penjara selama setahun tujuh bulan, dia tetap bertekad untuk mengubah nasib dan cuba sehabis baik bagi menduduki peperiksaan tersebut.

Kalau berbanding pelajar lain di luar sana, saya di sini tiada telefon tiada rujukan untuk mengulangkaji.

Sangat sukar, tetapi apa yang boleh saya buat ialah berusaha bangun setiap malam, bertahajjud, solat hajat, serta berdoa dan fokus ketika belajar, selebihnya saya berserah kepada Allah.

Sementara itu, rakannya, Asraf, 20, bukan nama sebenar, yang sedang menjalani hukuman penjara selama tujuh tahun itu turut menyatakan rasa syukur dengan memperoleh keputusan 4A.

Katanya, walaupun tiada rezeki mendapat keputusan cemerlang seperti Aiman, namun dirinya tetap merasa sebak kerana dapat memberi hadiah kepada ibu bapanya dengan keputusan tersebut.

Sebagai seorang kawan saya bangga dengan kawan saya (Aiman) tu tapi saya tak pernah rasa cemburu, walaupun berbeza 8 dengan 4 tapi saya rasa itu dah cukup hadiah pada saya itu antara pemberian untuk keluarga pada ibu saya.

Sekadar info, Aiman dan Asyraf merupakan calon peperiksaan SPM dari Sekolah Integrasi Marang yang telah menduduki peperiksaan berkenaan pada tahun lalu.

Banduan dapat keputusan cemerlang dalam SPM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tinggalkan solat Jumaat kerana bermusafir, ini hukumnya

Ruhainies baru balik umrah kan, kenapa seksi sangat? (Video)

Boikot Starbucks, Berjaya Food rugi RM 33.16 juta suku ketiga

Isteri menjadi dosa jika lakukan 2 ibadah ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker