Awas dengan aplikasi TEMU

Awas dengan aplikasi TEMU

Jika anda melayari aplikasi media sosial terutamanya di TikTok, pasti akan terlihat iklan aplikasi Temu yang giat disiarkan secara berterusan.

Untuk makluman, Temu merupakan sebuah aplikasi edagang yang menawarkan pelbagai jenis barangan yang dihantar terus dari China dengan harga yang tersangat murah.

Walaupun ia dilihat sebagai aplikasi edagang sahaja, ramai sebenarnya tidak mengetahui bahawa terdapat sisi gelap di sebalik barangan dengan harga murah yang ditawarkan.

Seorang pengguna X bernama Syaqira telah berkongsi sisi gelap aplikasi Temu yang sedang giat dipromosikan menerusi pelbagai media sosial ketika ini.

https://x.com/syaraxo/status/1794999972502639016

Dia berkongsi bahawa syarikat Temu yang berpusat di China itu sedang menghubungi dan mencari content creator di Malaysia bagi tujuan promosi.

Bagaimanapun, dia mendedahkan bahawa syarikat Temu disyaki pernah menjual data pengguna platformnya.

Lalu, Syaqira mengingatkan para pencipta konten untuk berhati-hati dalam menerima sebarang perjanjian dalam mempromosi sesebuah aplikasi atau barangan.

Difahamkan mereka juga menggunakan buruh paksa dari kalangan Ughyur. Dengan ini, orang ramai menjangkakan layanan dan kebajikan yang diberikan terhadap pekerja-pekerja di dalam kilang tersebut sudah pasti sangat teruk.

Salah satu thread lain yang dikongsikan, seorang netizen lain turut melakukan semakan terperinci berkaitan aplikasi Temu. Walaupun kelihatan sangat menyakinkan pada luarannya, teryata wujud pelbagai sisi gelap yang disembunyikan di sebalik tabir.

Difahamkan syarikat induknya, PDD Holdings, menerusi platform Pinduoduo telah digantung oleh Google Play Store kerana memasang perisian hasad pada peranti pengguna. Malah, Temu juga digantung selepas itu.

Selain itu, aplikasi Temu juga didapati mengandungi fungsi tersembunyi yang membenarkan akses kepada semua data pada peranti pelanggannya.

Bahkan, mereka didapati telah mengumpul jumlah data pelanggan melepasi standard industri aplikasi edagang yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Jadi, mungkin inilah sebab mengapa ramai orang merungut berhubung peningkatan jumlah iklan disiarkan secara agresif selepas memuat turun aplikasi itu.

Bukan itu sahaja, mereka sanggup mengerah tenaga buruh paksa dengan bayaran rendah dalam menghasilkan barangan tidak berkualiti dalam skala besar untuk mengaut keuntungan.

Mereka juga dilaporkan cukup terkenal dalam mencuri hasil karya penjual dan pencipta konten kecil-kecilan dari laman web lain tanpa sebarang kebenaran.

Menerusi satu lagi thread lain, beberapa individu lain turut mengadu bagaimana aplikasi Temu didakwa telah menjual datanya kepada syarikat pemasaran atau scammer di luar sana.

Selepas memasang aplikasi Temu, mereka mendakwa kerap menerima panggilan telefon dan mesej daripada orang yang tidak diketahui atau scammer.

Dari situ, mereka menyimpulkan bahawa Temu telah menjual data pengguna walaupun hanya baru menggunakan aplikasi tersebut sekali sahaja.

Susulan itu, bekas pengguna Temu meminta orang ramai untuk lebih berhati-hati dalam menggunakan sesuatu aplikasi lebih-lebih yang sudah pernah dilaporkan bermasalah seperti ini. Vc

Awas dengan aplikasi TEMU

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tinggalkan solat Jumaat kerana bermusafir, ini hukumnya

Ruhainies baru balik umrah kan, kenapa seksi sangat? (Video)

Boikot Starbucks, Berjaya Food rugi RM 33.16 juta suku ketiga

Isteri menjadi dosa jika lakukan 2 ibadah ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker