Mengapa terdesak jual saham MAHB kepada GIP – Hassan Karim

Mengapa terdesak jual saham MAHB kepada GIP – Hassan Karim

Seorang ahli parlimen PKR tampil mempersoalkan mengapa negara kini begitu terdesak untuk menjual sebahagian equiti syarikat sepenting Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada sebuah konsortium yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Zionis.

Sedangkan, selama ini, kata ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim, MAHB mampu menguruskan 38 buah lapangan terbang dalam negeri dan satu di luar negara.



“Kenapa kerajaan membenarkan penswastaan syarikat MAHB milik kerajaan Malaysia diswastakan sehingga 30 peratus saham MAHB dijual kepada Global Infrastructure Partners ( GIP).

“Adakah dasar pelaburan negara seperti ini bersifat progresif atau regresif?” soalnya dalam satu kenyataan semalam.

Blackrock, iaitu syarikat pelaburan multinasional Amerika Syarikat, pada Januari lalu, mengumumkan ia dalam proses mengambil alih GIP pada harga AS$3 bilion (kira-kira RM14 bilion) secara tunai.

Pengambilalihan itu dilaporkan akan dimuktamadkan pada suku ketiga tahun ini, iaitu bermakna antara Julai dan September.



BlackRock adalah pengurus aset terbesar di dunia – yang mempunyai hubungan rapat dengan Israel dan memiliki pegangan dalam syarikat-syarikat yang membekalkan senjata kepada tentera Israel.

Dua minggu lalu, Gateway Development Alliance (GDA), sebuah konsortium yang terdiri daripada Khazanah, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), GIP, dan Abu Dhabi Investment Authority (Adia) mengumumkan tawaran untuk mengambil alih saham dalam MAHB yang belum dimiliki oleh Khazanah dan KWSP.

GIP dan Adia akan menyertai konsortium itu di bawah usaha sama, GIP Aurea.

Sekiranya perjanjian itu dimuktamadkan, Khazanah dan KWSP akan menguasai 70 peratus MAHB, manakala GIP Aurea pula akan memegang 30 peratus lagi.



Memandangkan GIP memiliki 83.3 peratus daripada GIP Aurea, kepentingannya dalam MAHB adalah 25 peratus, menurut The Edge.

Berikut kenyataan penuh Hassan.

Kerajaan Malaysia perlu batalkan perjanjian jual saham MAHB kepada GIP

Saya ingin bertanya apakah Kerajaan Malaysia sekarang sudah membuat satu dasar pelaburan negara baru yang mundur ke belakang?



Pada awal tahun 1980an dahulu, kerajaan persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad melalui Permodalan Nasional Berhad (PNB) di bawah pimpinan pengerusinya, Khalid Ibrahim telah melancarkan pengambilan Syarikat Guthrie di Pasaran Saham London melalui penguasaan ekuiti saham syarikat perladangan yang terbesar di Malaysia ketika itu.

Tetapi mengapa sekarang tahun 2024 lebih 40 tahun kemudian kerajaan persekutuan di bawah Perdana Menteri, Anwar Ibrahim membuat “pusingan U” undur ke belakang?

Kenapa kerajaan membenarkan penswastaan syarikat MAHB milik kerajaan Malaysia diswastakan sehingga 30 peratus saham MAHB dijual kepada Global Infrastructure Partners (GIP).

Adakah dasar pelaburan negara seperti ini bersifat progresif atau regresif?



Sebelum dari itu lagi semasa Dasar Ekonomi Baru dilancarkan pada tahun 1970 oleh Perdana Menteri Abdul Razak Hussein, antara tujuannya termasuklah mengurangkan ekuiti syarikat-syarikat milik asing ke atas ekonomi Malaysia.

Jadi perkembangan sekitar penjualan saham MAHB ini amat membimbangkan lebih-lebih lagi BlackRock sebuah syarikat pelaburan global yang kaya dan jelas menyokong pembekalan senjata kepada zionist Israel sedang di peringkat akhir pengambilan ke atas GIP.

Sebagai ahli parlimen kerajaan yang menyokong kerajaan Madani pimpinan Anwar, bagaimana saya hendak menjawab kepada rakyat sekiranya dalam bulan Julai atau September ini pengambilan BlackRock ke atas GIP selesai.

Bagaimana saya hendak menjawab jika rakyat bertanya kepada saya?



Apa maknanya Malaysia dan rakyatnya bersungguh-sungguh menyokong perjuangan rakyat Palestin di Gaza dan di Tebing Barat tetapi kerajaan yang saya sokong terlibat membenarkan syarikat MAHB yang strategik 30 peratus sahamnya jatuh ke tangan GIP dan BlackRock yang pro-Israel yang melancarkan pembunuhan beramai-ramai atau genocide di Gaza?

Jadi saya mohon Anwar yang juga menteri kewangan supaya bersama-sama kabinet pimpinannya membatalkan perjanjian antara kerajaan atau Khazanah Nasional dengan GIP dengan beberapa segera.

Saham MAHB secara kepentingan nasional, kepentingan strategik dan kepentingan keselamatan tidak boleh jatuh ke tangan entiti asing yang jelas mencurigakan.

Benarkan syarikat swasta dalam negeri iaitu syarikat milik rakyat kita sendiri memiliki saham berbaki 30 peratus tersebut selepas penguasaan Khazanah Nasional dan KWSP sebanyak 70 peratus.

Jika selama ini MAHB boleh menguruskan 38 buah lapangan terbang dalam negeri dan satu di luar negara, jadi mengapa Malaysia kini begitu terdesak untuk menjual sebahagian ekuiti syarikat sepenting ini kepada syarikat asing seperti GIP yang berkait rapat dengan Syarikat pelaburan BlackRock? Mk

Mengapa terdesak jual saham MAHB kepada GIP – Hassan Karim

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Boikot Starbucks, Berjaya Food rugi RM 33.16 juta suku ketiga

‘Semua salah TMJ’ – Tunku Ismail selar Selangor FC

Hartawan kelahiran Malaysia CEO terima gaji tertinggi di Amerika

Isteri menjadi dosa jika lakukan 2 ibadah ini

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker