Hampir setiap hospital, klinik kerajaan kekurangan doktor
Hampir setiap hospital, klinik kerajaan kekurangan doktor
Tinjauan oleh Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mendapati hampir semua klinik dan hospital kerajaan di seluruh negara beroperasi dengan kekurangan kakitangan.
Dalam satu kenyataan, MMA berkata tinjauan ad hoc baru-baru ini yang dijalankan menerusi talian mendapati lebih separuh daripada klinik dan hospital berkenaan berdepan kekurangan doktor. Ia sama ada mereka berhenti atau dipindahkan.
Justeru, persatuan itu menyarankan Kementerian Kesihatan menangani isu tersebut termasuk dengan menjalankan kajian komprehensif yang telus. Antara lain, cadangan MMA adalah menaikkan gaji doktor supaya berdaya saing dengan rakan mereka di sektor swasta.
“Menurut keputusan tinjauan, hanya enam respons (lima peratus) menunjukkan mereka mempunyai tenaga kerja yang mencukupi, manakala 36 respons (32 peratus) memerlukan tambahan sehingga 50 peratus tenaga kerja dan 51 (46 peratus) memerlukan tambahan sehingga 100 peratus.
“18 respons (16 peratus) memerlukan lebih daripada dua kali ganda bilangan doktor semasa untuk menyediakan perkhidmatan yang mencukupi. Terdapat 6 respons yang tidak pasti berapa ramai doktor yang mereka perlukan.
“Mengenai sebab kekurangan tenaga kerja, hampir separuh (48.3 peratus) daripada 117 responden dalam tinjauan ad hoc menyatakan bahawa doktor berhenti atau berpindah, manakala 34 yang lain (28.8 peratus) adalah kerana doktor berhenti dan hanya 16 (13.6 peratus) sahaja disebabkan pemindahan,” kata kenyataan itu.
Selain masalah tenaga kerja, MMA berkata tinjauannya mendapati klinik dan hospital juga berdepan dengan masalah kemudahan atau peralatan. Mk
Hampir setiap hospital, klinik kerajaan kekurangan doktor
Baca Artikel Menarik:
- Andrew Sia jahil, bodoh sejarah – Mustapha
- Anwar bawah tekanan gugur ketua negeri terkemuka
- Pasangan kekasih tunai umrah bersama
- Siapa Dolla, tak kenal pun – Elle Thong
- ‘Komen korang terlalu jahil’ – Ryzal Ibrahim
- Gelar UiTM akademi ‘apartied’, Pemuda UMNO tuntut kolumnis Malaysiakini minta maaf
- Punca Ustaz Kazim disihir
- Beli kereta import ‘recond’, hati-hati
- Teladan celah mana? – Rita Rudaini
- Sanusi tak kesian ke KDA FC?
- Pekerja McDonald’s keringkan mop kotor guna pemanas kentang ditangkap
- Lelaki pukul ibu sedang solat bertubi-tubi dengan pisau dan spana
- Akar umbi tak yakin Peja pimpin Bersatu, desak longgar syarat tanding ‘top 5’
- Ku Li terkejut Petros mahu ambil alih peranan Petronas yang ditubuhkan atas kehendak orang Sarawak sendiri
- Penumpang maut, Pesawat SIA terpaksa mendarat cemas selepas alami gelora udara teruk
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Boikot Starbucks, Berjaya Food rugi RM 33.16 juta suku ketiga
Hartawan kelahiran Malaysia CEO terima gaji tertinggi di Amerika