Jay Jay masih dalam ICU walaupun sudah tersedar

KUALA LUMPUR: Penyanyi popular era 1970-an, Jay Jay, 66, yang menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN), semalam dilaporkan sudah sedar kira-kira jam 7 pagi tadi.

Perkara itu dikongsi Ahli Jawatankuasa (AJK), Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN), Rozita Rohaizad selepas menerima perkhabaran mengenai keadaan terkini daripada anak Jay Jay, Cammy.

Rozita berkata, Jay Jay sudah sedar sejak pagi tadi selepas menjalani pembedahan selama enam jam, semalam.



“Cammy beritahu, dia dalam perjalanan selepas menerima makluman pihak IJN yang bapanya sudah sedar pada jam 7 pagi, tetapi masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Buat masa ini, Jay Jay masih tidak boleh terima pelawat kerana perlu berehat selama beberapa hari kerana masih dirawat dalam ICU.

“Kami akan maklumkan bila boleh menerima pelawat selepas Jay Jay dipindahkan ke wad biasa,” katanya kepada BH Online.

Kelmarin, Jay Jay dimasukkan ke IJN selepas mengalami masalah jantung perlu menjalani pembedahan pintasan jantung selama enam jam.



Terdahulu, penyanyi nasyid, Cheb Ali dan isterinya, Azura Aziz berkongsi berita mengenai keadaan Jay Jay dirawat di IJN akibat masalah jantung melalui hantaran di TikTok.

Jay Jay dilaporkan mengalami serangan jantung ringan dan sesak nafas ketika mahu menaiki bas dari Singapura ke Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penjenayah samun kedai runcit di Kampung Baru berjaya ditangkap polis

Arab Saudi makin gila, anjur fesyen pakaian renang



Saya bodoh, Mahathir pilih Ku Li – Musa Hitam

Sebab kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram diasingkan.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker