Ayah kami Uncle Mike
Ayah kami Uncle Mike
Kajang: Pertemuan lelaki berketurunan Tionghoa ini dengan seorang kanak-kanak Melayu yatim piatu lebih 16 tahun lalu di sebuah rumah anak yatim membuktikan kasih sayang tidak mengenal pertalian darah dan bangsa apabila dia menjaga dan mengambilnya sebagai anak angkat.
Bukan kanak-kanak lelaki itu saja, malah dua adiknya turut dijaga Michael Tong Wai Siong, 55, dan sehingga kini mereka bertiga masih kekal bersamanya menjalani kehidupan sebagai sebuah keluarga bahagia.
Michael atau mesra disapa Uncle Mike tidak kekok menjaga Rafei Ahmad Fauzi yang ketika ini berusia 29 tahun dan dua lagi adiknya, Rasyid, 28, dan Abdul Rahman, 24, malah menyayangi mereka seperti anak sendiri biarpun tiada pertalian darah dan tidak saling mengenali sebelum ini.
Berkongsi kisah mereka, Michael berkata, pada mulanya dia hanya mengambil Rafei tinggal bersamanya yang pertama kali ditemui ketika berusia 12 tahun di rumah anak yatim di Gombak, Selangor kerana mahu membantunya mendapat kehidupan lebih baik.
Menurutnya, dia yang aktif dalam kelab kereta ketika itu selalu mengadakan kerja amal bersama ahli kelab di rumah anak yatim itu sebelum menemui Rafei yang dilihatnya lebih suka membawa diri berbanding kanak-kanak lain.
“Rafei dan dua adiknya dihantar ke rumah anak yatim selepas ibu bapa mereka meninggal dunia (selang sebulan dalam tahun sama).
“Umi (individu menguruskan rumah anak yatim di Gombak) mengadu mengenai Rafei yang tidak mahu bersekolah.
“Saya kemudian pergi ke sekolah jumpa cikgu dan bercakap dengan Rafei, barulah saya tahu dia ada masalah pelajaran.
“Jadi saya ambil dia setiap pagi hantar ke sekolah dan waktu pulang, pekerja saya akan ambil dan hantarnya ke pusat tuisyen sebelum saya jemput bawa pulang ke asrama rumah anak yatim.
“Keadaan itu berulang agak lama sebelum diberi cadangan untuk Rafei tinggal bersama saya bagi memudahkan saya dan dia juga mahu tinggal bersama,” katanya ketika ditemui di kafe De Ayen Coffee milik Rasyid di Medan Sate Kajang, di sini, kelmarin.
Menurutnya, dia yang masih bujang membawa Rafei tinggal bersama sebelum pada suatu hari menemui nota luahan ditulis kanak-kanak itu yang merindui dua adiknya yang tinggal di rumah anak yatim di Klang, Selangor dan mereka sudah terpisah selama kira-kira setahun.
“Sehingga kini saya masih ingat nota ditulisnya yang bertanya mengapa mak ayah meninggal dunia awal dan kenapa dia dipisahkan dengan adik-beradik. Nota itu membuatkan saya sebak dan kemudian bawa dia berjumpa dua adiknya.
“Tidak lama selepas itu, saya bawa Rasyid tinggal bersama dan kemudian turut membawa Abdul Rahman bersama kami.
“Sejak itu saya menjadi ‘bapa’ dan ‘ibu’ kepada mereka dan hingga kini kami masih bersama,” katanya.
Michael berkata, dia nekad menjaga tiga anak angkatnya itu kerana pernah berada dalam tempoh kesukaran hidup dan mahu mereka mendapat kehidupan lebih baik termasuk dalam aspek akademik dan agama.
“Pada mulanya memang takut juga kerana tiada pengalaman, sebab itu saya ambil seorang saja dahulu tetapi ramai rakan memberi sokongan dan membantu.
“Keluarga saya juga tidak membantah, malah mereka terutama ibu (Oh Siew Eng, 86) melayan mereka seperti keluarga dan cucu sendiri.
“Saya tahu kami berbeza agama tetapi saya mahu mereka meneruskan pendidikan agama biarpun tinggal bersama, jadi saya minta seorang ustaz mengajar mereka mengaji di rumah setiap malam.
“Saya juga akan masak lauk sahur dan buka puasa untuk mereka, malah kami berpuasa bersama sepanjang Ramadan.
“Saya buat begitu sejak mereka kecil untuk beri sokongan kepada mereka agar berpuasa penuh. Di rumah juga, saya jaga sensitiviti agama Islam terutama makanan dan minuman,” katanya.
Menurutnya, menjadi bapa dan ibu kepada tiga anak lelaki sangat mencabar apatah lagi ketika ketiga-tiga mereka sedang meningkat dewasa dengan pelbagai karenah namun semua itu meninggalkan memori manis untuknya.
“Ketiga-tiga anak mempunyai kenakalan masing-masing tetapi mereka tetap anak yang baik.
“Mereka tidak panggil saya ayah kerana saya sendiri yang mahu mereka kekal panggil Uncle Mike kerana bagi saya, panggilan itu tidak penting, yang penting saya ikhlas menjaga mereka seperti anak sendiri.
“Saya masih ingat ketika mereka kecil, saya akan bangun seawal jam 5 pagi untuk siapkan sarapan. Teguran, bebelan dan marah itu biasa kerana saya sayang dan mahu mereka menjadi orang berguna,” katanya yang menetap di Damansara, Selangor.
Michael yang sehingga kini belum berkahwin mengakui dia tidak merasai kehidupannya sunyi susulan kehadiran tiga anak lelaki itu apatah lagi ketika ini hidup lebih bahagia apabila sudah mempunyai dua cucu yang juga anak kepada Rafei. HM
Ayah kami Uncle Mike
Baca Artikel Menarik:
- Andrew Sia jahil, bodoh sejarah – Mustapha
- Anwar bawah tekanan gugur ketua negeri terkemuka
- Pasangan kekasih tunai umrah bersama
- Siapa Dolla, tak kenal pun – Elle Thong
- ‘Komen korang terlalu jahil’ – Ryzal Ibrahim
- Gelar UiTM akademi ‘apartied’, Pemuda UMNO tuntut kolumnis Malaysiakini minta maaf
- Punca Ustaz Kazim disihir
- Beli kereta import ‘recond’, hati-hati
- Teladan celah mana? – Rita Rudaini
- Sanusi tak kesian ke KDA FC?
- Pekerja McDonald’s keringkan mop kotor guna pemanas kentang ditangkap
- Lelaki pukul ibu sedang solat bertubi-tubi dengan pisau dan spana
- Akar umbi tak yakin Peja pimpin Bersatu, desak longgar syarat tanding ‘top 5’
- Ku Li terkejut Petros mahu ambil alih peranan Petronas yang ditubuhkan atas kehendak orang Sarawak sendiri
- Penumpang maut, Pesawat SIA terpaksa mendarat cemas selepas alami gelora udara teruk
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Boikot Starbucks, Berjaya Food rugi RM 33.16 juta suku ketiga
Hartawan kelahiran Malaysia CEO terima gaji tertinggi di Amerika
You must be logged in to post a comment.