Malaysia juara berganda Piala Dunia Sepak Takraw 2024
Malaysia juara berganda Piala Dunia Sepak Takraw 2024
Stadium Titiwangsa menjadi saksi kejayaan luar biasa skuad sepak takraw negara apabila meraih gelaran berganda pada saingan Piala Dunia 2024, sebentar tadi.
Selepas mengungguli acara double, skuad negara melengkapkan malam gemilang mereka dengan turut menjuarai saingan regu menerusi kemenangan ke atas Thailand pada aksi final.
Trio negara yang dibarisi Farhan Adam, Syahir Rosdi, Azlan Alias (Haziq Hairul Nizam) mempamerkan prestasi menakjubkan untuk menumbangkan regu Thailand, Poramet Siriswat, Sittipong Khamchan, Varayut Jantarasena (Siriwat Sakha) 15-8, 15-12.
Dibantu sokongan padu kira-kira 3,000 penyokong yang hadir di Stadium Titiwangsa, regu Malaysia bermula dengan aksi penuh meyakinkan apabila kekal mendahului sepanjang perlawanan sebelum mencatat kemenangan 15-8 di set pertama.
Thailand yang tersentak dengan kekalahan set pertama cuba bangkit dan memberi tentangan dalam usaha untuk mengheret ke set penentuan.
Bagaimanapun, trio negara diketuai Farhan kekal tenang dalam menyerap segala asakan skuad Gajah Perang sekali gus menoktahkan kemenangan 15-12 di set kedua.
Sebagai rekod, kali terakhir regu Malaysia berjaya menumbangkan Thailand adalah pada saingan Siri Super ISTAF 2015 di Melaka.
Kemenangan regu negara menambahkan koleksi kejuaraan Malaysia pada edisi Piala Dunia tahun ini gandingan Aidil Aiman Azwawi-Noraizat Mohd Nordin menjuarai acara double.
Aidil-Noraizat mencatat kemenangan 17-16, 15-13 ke atas gandingan Thailand Seksan Tubtong-Kittiphum Sareebut dalam final double.
Pingat emas dalam acara double dan regu itu adalah yang pertama buat Malaysia dalam saingan Piala Dunia sejak diperkenalkan pada 2011. BH
Malaysia juara berganda Piala Dunia Sepak Takraw 2024
Baca Artikel Menarik:
- Anwar cari keluarga tular bawa anak ‘bertiub’
- Saya hanya akan hantar minyak sawit dua sudu kepada kamu supaya jadi cerdik
- Ryzal Ibrahim pergi Mekah balik hari beli minyak Wangi (Video)
- Keluarga penggali kubur mati dalam lokap dapat ganti rugi RM197,600
- Pramugari MAS meninggal dunia ketika transit di Tokyo
- Israel nafi jadi dalang tragedi yang meragut nyawa Presiden Iran
- Ustaz Ebit Lew buat panggilan video dalam keadaan ‘beronani’, mahkamah diberitahu
- Masak di stesen minyak, ‘siibodoh berempat’ didakwa esok
- Teguran doa dikubur orang kafir, penganjur jawab mufti
- Pengajuran parti ‘Pinkfish Express’ dalam gerabak KTMB dikutuk [VIDEO]
- Azalina perlu ditukar – UMNO Cawangan SS9A Damansara
- 10 paling kaya Asia
- Yuna dilabel gila tolak kerjasama jenama terkemuka
- Guru tadika duduk atas badan budak, paksa makan oren
- Ning Baizura tampil jelas isu ‘Siapa Rafah’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Penjenayah samun kedai runcit di Kampung Baru berjaya ditangkap polis
Saya bodoh, Mahathir pilih Ku Li – Musa Hitam
You must be logged in to post a comment.