Anwar ke Jepun 3 hari untuk lawatan kerja

TOKYO: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini hari ini untuk lawatan kerja tiga hari di Jepun.

Pesawat khas yang membawa Anwar mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda kira-kira jam 9 malam waktu tempatan (8 malam waktu Malaysia).

Antara yang mengiringi Perdana Menteri dalam lawatannya ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; dan Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.

Naib Menteri Luar Parlimen Jepun Yasushi Hosaka dan Duta Besar Jepun ke Malaysia Katsuhiko Takahashi berada di lapangan terbang bagi menyambut ketibaan Perdana Menteri.

Turut hadir, Duta Besar Malaysia ke Jepun Datuk Shahril Effendi Abd Ghany.

Perdana Menteri yang berada di sini bagi menghadiri Persidangan Antarabangsa Mengenai Masa Depan Asia ke-29 (Persidangan Nikkei), turut dijadual bertemu dengan rakan sejawatannya dari Jepun, Fumio Kishida untuk mesyuarat dua hala, dan beliau juga dijadualkan mengadakan beberapa pertemuan dengan kapten industri tempatan, pelajar dan ahli akademik.

Jepun adalah rakan dagang keempat terbesar Malaysia selama sembilan tahun berturut-turut.

Jumlah perdagangan antara Malaysia dan Jepun tahun lalu adalah bernilai RM156.64 bilion (US$34.39 bilion). – BERNAMA

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penjenayah samun kedai runcit di Kampung Baru berjaya ditangkap polis

Arab Saudi makin gila, anjur fesyen pakaian renang

Saya bodoh, Mahathir pilih Ku Li – Musa Hitam

Sebab kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram diasingkan.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker