Anwar cari keluarga tular bawa anak ‘bertiub’

Anwar cari keluarga tular bawa anak ‘bertiub’

Setiausaha Politik Perdana Menteri Farhan Fauzi meminta orang ramai mempunyai maklumat mengenai pasangan suami isteri tular menaiki motosikal bersama anak kecil tampil memberi maklumat.

Beliau memaklumkan perkara tersebut telah mendapat perhatian Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang berhasrat membantu keluarga berkenaan.

“Mohon sesiapa yang mempunyai info dan maklumat tentang keluarga ini untuk salurkan kepada saya di ruangan komen di bawah agar kami dapat menghubungi mereka.

“Hal ini telah mendapat perhatian YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan insya-Allah pihak kami akan membantu keluarga ini dalam menambahbaik kehidupan seharian mereka,” katanya di Facebook.

Dalam sekeping gambar itu, kelihatan kanak-kanak berkenaan mengalami masalah kesihatan apabila memakai tiub yang disambungkan dari beg galas ibunya.

Menjengah di ruangan komen, warganet turut berkongsi maklumat mengenai pasangan berkenaan yang didakwa berasal dari Kuala Kedah, Kedah dan suaminya adalah seorang nelayan. FMT

Anwar cari keluarga tular bawa anak ‘bertiub’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

TMJ nafi jadi dalang, seru semua pihak bersatu melawan keganasan

Ini modus operandi Rasulullah ke? Aqasha bersuara pasal #Blockout2024

Maaf ya pelakon bermasalah

Scha Alyahya hilang 100,000 pengikut Instagram

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker