Berita penahanan 5 Adun Perlis, ini kata Azam Baki

Penahanan 5 Adun Perlis, ini kata Azam Baki

KANGAR: Dakwaan kononnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan melakukan penahanan terhadap lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis adalah khabar angin.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi BH memberitahu perkara itu tidak benar.



Dakwaan penahanan lima ADUN Perlis itu dikatakan berkaitan dengan siasatan salah guna kuasa dan penyelewengan membabitkan anak Menteri Besar Perlis.

“Khabar angin”, katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp selepas ditanya berhubung dakwaan berkenaan yang tular dalam sebuah portal berita semalam.

Semalam, tular dalam sebuah portal berita bahawa seorang pemimpin politik kanan sebuah parti Kerajaan Perpaduan di Perlis mendakwa, SPRM akan menahan lima ADUN dari negeri itu dalam masa terdekat untuk tujuan siasatan.

Siasatan berkenaan dijangka dilakukan susulan penahanan anak kepada Menteri Besar Perlis yang direman agensi itu pada pertengahan April lalu atas dakwaan membuat tuntutan palsu terhadap kerja yang tidak dilaksanakan berjumlah RM600,000.



Malah, ahli politik itu mendakwa identiti lima ADUN itu sendiri didedahkan oleh anak Menteri Besar Perlis itu semasa siasatan dijalankan.

Pada pertengahan April lalu, enam individu termasuk anak kepada Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli direman oleh SPRM bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan dokumen bagi tuntutan palsu berjumlah RM600,000 yang turut membabitkan siasatan berhubung dakwaan mengenai penyediaan minuman untuk kegunaan Raja Perlis yang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.

Pada 30 April pula, Mohd Shukri pula tampil untuk memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi tujuan siasatan salah guna kuasa.

Dalam perkembangan yang sama juga, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Azmi Kamaruzaman, berkata kertas siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan membabitkan anak Menteri Besar Perlis dan beberapa individu lain dijangka siap minggu depan.



Beliau berkata, pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan itu.

“SPRM sedang lengkapkan siasatan, saya harap akan ada keputusan (hasil siasatan) minggu depan, mungkin selewat-lewatnya Rabu depan,” katanya. BH

Penahanan 5 Adun Perlis, ini kata Azam Baki

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kid dan Din tipu, Denden terperangkap – Amy

Netizen kecam Ning Baizura tak kenal Rafah



Punca Aliff curang kerana kesan selalu dibuli di sekolah – Aisyah Aziz

Geng bertopeng bagi ikan Siakap percuma (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker