Remaja 19 tahun berjaya sampai ke Mekah hanya menggunakan motosikal Modenas Kriss 110

Setelah menunggang motosikal selama hampir dua bulan, impian dan hasrat seorang remaja lelaki 19 tahun ingin menunaikan ibadah umrah di Mekah akhirnya tercapai

Menerusi sekeping gambar yang dikongsi di akaun Facebook Aimpro Samudra, pemuda bernama Muhammad Aidil Nursulhi itu selamat sampai di Tanah Suci dengan menunggang motosikal jenis Modenas Kriss 110.

Menurut laporan Kosmo!, pengembaraan itu mengambil masa dua bulan dan Aidil telah memulakan perjalanannya dari Melaka pada 21 Mac 2024 lalu.

Walaupun banyak halangan yang ditempuhnya, Aidil tekad untuk meneruskan ekspedisinya ke Mekah.

“Alhamdulillah, abah sendiri pun belum sampai. Syukur, ini semua dengan keizinan daripada Allah dan berkat doa semua,” kata ayahnya.

Difahamkan, Aidil pernah mengelilingi dunia bersama ayahnya, Aimpro Samudra dengan menaiki kereta jenis Perodua Kelisa dan kejayaannya kini sangat membanggakan ayahnya itu.

Terkini, Aidil sudah selamat menunaikan ibadah umrah bersama geng motosikalnya

Menerusi video TikTok ayahnya, kelihatan Aidil dan pasukan motosikal yang lain bergambar bersama di Tanah Suci.

“Inilah barisan team motosikal Jelajah Silaturrahim Malaysia Ke Mekah 2024. Ramai yang tertanya-tanya, adakah mereka semua solo rider. Tidak jawapannya, mereka satu pasuka tak ubah seperti sebuah keluarga yang saling bantu-membantu.

“Anak aku peserta motosikal paling muda, paling kurang ilmu pemanduan motosikal jarak jauh. Inilah kisah perjalanan kami ‘Orang Kampung Nak Melihat Dunia’,” katanya.

Image from @aimprosamudra31 (TikTok)

Lihat video di bawah:

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini sebab mengapa lelaki jadi Puntianak berkeliaran di sekitar Banda Hilir Melaka

Cuaca terlampau panas, penduduk buat eksperimen goreng telur [VIDEO]

Pengganti Chong Wei, Nicol dan Azizulhasni ada di sekolah rendah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker