Ruhainies mengaku sudah putus selamanya dengan Aliff Aziz

KUALA LUMPUR – Tutup buku lama, bina hidup baharu.

Pelakon sensasi Ruhainies akui tidak lagi berhubung dan dengan penyanyi Aliff Aziz sejak kontroversi skandal hubungan mereka menjadi bertambah parah.

Tanpa memperincikan bila kali terakhirnya mereka berkomunikasi, Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, hanya mahu menumpukan fokus kepada karier selain melupakan kontroversi tersebut.

“Tiada lagi berhubung dengan Aliff. Buat apa nak keruhkan lagi. Saya nak tutup buku.

“Saya pun dah minta maaf. Rasanya semua pihak boleh move on. Tiada keperluan untuk saya hubungi dia lagi.

“Jadi fokus saya sekarang adalah karier. Apa yang saya boleh katakan, saya tak mahu memanjangkan isu ini,

“Saya tak mahu isu ini jadi lebih panjang. Bila ada kenyataan baharu, takut tiada penghujung,” katanya semasa Majlis Rumah Terbuka FiziWoo di sini hari ini.

Ruhainies atau lebih mesra disapa Anis itu mengakui ada menghubungi isteri Aliff, Bella Astillah susulan permohonan maafnya tidak diendahkan.

Ruhainies yakin Bella sudah pun sedia maklum dengan permohonan maaf dibuat secara terbuka menerusi sebuah media baru-baru ini.

“Saya pun dah minta maaf. Rasanya semua pihak boleh move on. Tiada keperluan untuk saya hubungi dia lagi.

Ditanya mengenai dakwaan berkomplot dengan Aliff untuk menjatuhkan Bella Astillah, Ruhainies enggan memilih untuk tidak mengulas dengan lebih lanjut.

“Itu adalah pendapat siapa? Bukan saya. Saya tak boleh nak cakap lebih. Kalau saya menidakkan, orang cakap memang saya buat.

“Benda itu di luar kawalan saya. Saya tak mahu tegakkan apa-apa lagi,” ujarnya lagi.

Krisis Aliff dan Ruhainies mula menjadi perbualan ramai apabila mereka ditangkap khalwat di sebuah kondominium mewah pada 9 Mac lalu.

Bella kemudiannya membuat keputusan untuk memfailkan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu.

Tidak lama selepas itu, muncul pula seorang wanita Singapura, Sarah Yasmine yang mengaku menjalin hubungan cinta dengan Aliff sejak Januari lalu.

Keadaan menjadi bertambah kecoh apabila Sarah dilihat menyebarkan segala perbualan WhatsApp antara Aliff dan Ruhainies yang mendakwa mereka bercinta, selain dikatakan menggunakan Aliff untuk menjatuhkan Bella.

Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ruhainies trauma, Bella tak layan panggilannya (Video)

108 cawangan KFC ditutup, ini penjelasan mereka

Jokowi kecewa rakyat Indonesia lebih percaya doktor Malaysia

Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan kerana kemarau [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker