PAS boikot calon PN, Ini komen Azmin Ali

PETALING JAYA: Pengerusi Perikatan Nasional Selangor, Azmin Ali, nafi PAS memboikot calon Perikatan Nasional bagi PRK Kuala Kubu Baharu.

Azmin berkata Pengarah Pilihan Raya PAS, Sanusi Nor, berada di lapangan selama dua hari manakala Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, dijangka akan berkempen malam ini bersama Naib Presiden Idris Ahmad.

“Ramai Ahli Parlimen dan Adun PAS beri ceramah,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil, mendakwa pimpinan PAS memboikot Pemangku Ketua Bersatu Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut.

“Setelah masuk hari keempat, pimpinan utama PAS terus boikot. Kita ingatkan yang diboikot itu Starbucks, KFC rupanya calon PN pun kena boikot,” katanya menurut laporan.

Sementara itu, Presiden Parti Rakyat India Malaysia, P Punithan, turut menyangkal dakwaan itu.

“PAS berkunjung dari rumah ke rumah untuk bercakap dengan pengundi dan banyak melakukan kerja lapangan,” katanya, dan menambah Sanusi terlibat dalam kebanyakan ceramah PN.

Punithan berkata Fahmi sepatutnya tumpu pada peranannya sebagai jurucakap kerajaan.

“Dia bukan tahu banyak pun apa yang kami lakukan, jadi mungkin dia boleh henti sebar berita palsu.”

Pilihan raya pada 11 Mei ini menyaksikan pertembungan empat penjuru, di kerusi yang kosong susulan kematian Adun Lee Kee Hiong pada Mac.

Khairul bersaing dengan Hafizah Zainuddin dari Parti Rakyat Malaysia dan calon bebas, Nyau Ke Xin, untuk mencabar Pang Sock Tao yang mempertahankan kerusi Pakatan Harapan itu.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ruhainies trauma, Bella tak layan panggilannya (Video)

108 cawangan KFC ditutup, ini penjelasan mereka

Jokowi kecewa rakyat Indonesia lebih percaya doktor Malaysia

Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan kerana kemarau [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker