Disangka Hilang Semasa Tunai Umrah, Rupanya Lari Ikut Jejaka Bangladesh

Disangka Hilang Semasa Tunai Umrah, Rupanya Lari Ikut Jejaka Bangladesh

Seorang wanita warga emas dilaporkan hilang dan dipercayai melarikan diri bersama seorang lelaki warganegara Bangladesh ketika menunaikan ibadah umrah baru-baru ini.

Wanita yang berasal dari wilayah Jawa Tengah, Indonesia itu pada asalnya mengikuti pakej umrah hanya selama 11 hari. Namun menurut pemilik syarikat agensi umrah tersebut menjelaskan bahawa wanita itu telah hilang pada hari ketiga.



Menerusi rakaman sistem televisyen tertutup (CCTV), memaparkan warga emas tersebut sedang mengikut seorang lelaki warga Bangladesh. Difahamkan dia telah melarikan diri selama sebulan bersama lelaki itu ketika dia masih menunaikan umrah di Tanah Suci.

Sehingga kami pulang ke Indonesia pada 11 Februari lalu, wanita itu tidak juga muncul. Selaku pengendali pakej umrah, kami berasa sangat keliru.

Akhirnya wanita tersebut berjaya dikesan setelah pelbagai usaha dan kerjasama dari banyak pihak termasuk ahli keluarga dan kerajaan Arab Saudi.

Selepas kami menemui lelaki Bangladesh tersebut, dia berjanji untuk membawa wanita itu kepada wakil kami di Arab Saudi. Akhirnya, dia dia bawa pulang ke Indonesia minggu lepas.



Susulan kehilangan wanita berusia 61 tahun itu telah menyebabkan syarikat agensi umrah tersebut disenarai hitam dan dikenakan denda sebanyak 250 juta rupiah (RM72812) oleh kerajaan Arab Saudi.
Sumber: Okezone

Disangka Hilang Semasa Tunai Umrah, Rupanya Lari Ikut Jejaka Bangladesh

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Musa Hassan beri amaran jangan masuk campur urusan keluarga [VIDEO]

Logo rahsia beruang pada coklat Toblerone



Didakwa gigit ‘kemaluan wanita’, anak billionair dipanggil polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker