Anwar cuba ‘jolok’ UMNO, Tok Mat jawab dengan tenang

Timbalan Presiden Umno, Tok Mat menolak dakwaan beliau menemui pemimpin Perikatan Nasional (PN) untuk membincangkan kemungkinan menjalin pakatan selepas pilihan raya umum ke-15.

Katanya, beliau tidak tahu mengenai sebarang rundingan antara pemimpin partinya dengan PAS dan Bersatu seperti yang didakwa Pengerusi Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim.

“Jika ia seperti apa yang didakwa, saya pasti terlibat (dalam rundingan begitu),” katanya  itu hanya taktik berkempen.



Terdahulu, Anwar hari ini dilaporkan mendakwa pemimpin PAS dan Bersatu menemui beberapa pemimpin Umno. PAS dan Bersatu sebahagian daripada PN.

Selain Mohamad, pemimpin PN didakwa turut menemui Bendahari Agung Barisan Nasional, Hishammuddin Hussein.

Dakwaan Anwar itu menyusul kenyataan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berhubung kemungkinan BN dan PN membentuk kerajaan persekutuan baharu.

Takiyuddin dipetik Berita Harian sebagai berkata: “Saya yakin kita dapat bentuk kerajaan persekutuan sama ada kita sendiri atau gabungan dengan pihak lain, termasuk BN. Apa yang pasti kita tidak menerima Pakatan Harapan (PH) walaupun perlu gabungan.”



Tetapi, selepas Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, gabungan itu tidak pernah memberi mandat kepada Takiyuddin untuk berunding dengan BN bagi membentuk kerajaan selepas PRU15, pemimpin PAS itu menjelaskan kenyataan diambil di luar konteks.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Saman tuduhan LGBT: Razman tegas nak tanya Anwar, benarkah beliau meliwat?

Kalau tak suka ‘just swipe’ – Syafinaz



Janji-janji pelik yang dijanjikan calon pilihan raya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker