Arne Slot ganti Klopp di Liverpool?

Arne Slot ganti Klopp di Liverpool?

Pengendali Feyenoord, Arne Slot kini muncul calon utama menggantikan Jurgen Klopp sebagai pengendali Liverpool.

Slot, 45, membawa Feyenoord memenangi gelaran liga pertama mereka dalam tempoh enam tahun musim lalu dan memenangi Piala Belanda kelmarin.



Dia turut menjadi pilihan untuk mengambil alih Tottenham setahun lalu sebelum mengesahkan akan kekal bersama Feyenoord.

Media British melaporkan, Slot kini menjadi calon utama untuk mengisi kekosongan di Anfield selepas tamat era sembilan tahun Klopp akhir musim ini.

Bagaimanapun The Reds terpaksa bersaing dengan Bayern Munich dan Barcelona, yang turut mencari pengendali baharu musim depan.

Pengendali Bayer Leverkusen dan bekas pemain tengah Liverpool, Xabi Alonso adalah sasaran utama kelab Inggeris itu selepas Klopp mengumumkan akan meninggalkan Anfield pada Januari lalu.



Bagaimanapun Alonso komited untuk terus mengemudi Leverkusen selepas membawa mereka memenangi Bundesliga buat pertama kali.

Pengendali Sporting Lisbon, Ruben Amorim turut dikaitkan dengan jawatan di Anfield, tetapi dilaporkan jurulatih dari Portugal itu mengadakan perbincangan dengan West Ham untuk menggantikan David Moyes.

Slot berpindah ke Feyenoord pada tahun 2021 selepas cemerlang dalam tugasan pertamanya sebagai pengendali di AZ Alkmaar.

Dia membawa gergasi Belanda itu ke final Liga Konferens Eropah di akhir musim pertamanya, sebelum tewas 1-0 kepada Roma kendalian Jose Mourinho.



Slot kemudian memberikan Feyenoord gelaran liga kedua dalam tempoh 24 tahun musim lalu, tetapi pasukannya kini ketinggalan sembilan mata di belakang PSV Eindhoven dengan hanya empat perlawanan berbaki musim ini. BH

Arne Slot ganti Klopp di Liverpool?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Sheriff pecah rekod, sailang Mat Kilau

Aliff Aziz dengan Sarah Yasmine pulak?



‘Anak ikan’ resah

Sebab Syasya tinggalkan Dolla



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker