50 pelajar diserang histeria, penghuni asrama terpaksa diberi cuti lima hari
50 pelajar diserang histeria, penghuni asrama terpaksa diberi cuti lima hari
Jempol: Seramai 165 pelajar yang tinggal di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Kikir (Model Khas) di sini, terpaksa diberikan cuti selama lima hari bermula hari ini berikutan kejadian histeria yang berlaku sejak Sabtu lalu.
Ahli Parlimen Jempol, Datuk Shamshulkahar Mohd Deli berkata, seramai 165 pelajar tinggal di asrama dan setakat malam tadi, 50 pelajar membabitkan 19 lelaki dan 31 perempuan berusia antara 13 hingga 17 tahun mengalami histeria.
“Justeru kesemua pelajar berkenaan dibenarkan pulang dan diberi cuti sehingga dimaklumkan untuk kembali ke asrama,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, asrama itu perlu dikosongkan bagi bagi menjalani rawatan pemulihan.
Menurutnya, kejadian histeria seperti ini pernah berlaku pada 2019.
Rakaman suara mengenai kejadian pelajar yang tinggal di asrama sekolah itu turut tular di media sosial tengah malam tadi.
Sementara itu, seorang ibu yang mahu dikenali Zai berkata, dia dimaklumkan warden supaya menjemput pulang anak kerana kejadian pelajar diserang histeria.
“Selepas Maghrib semalam, saya ke sekolah sebelum mendapati anak perempuan berusia 14 tahun dalam keadaan cemas kerana diserang histeria manakala adiknya berusia 12 tahun tidak mengalaminya,” katanya.
Menurutnya, kejadian itu kali pertama dialami anaknya selepas masing-masing tinggal di asrama sejak dua dan empat tahun lalu.
Dia berkata, kedua-dua anaknya itu ketika ini dalam keadaan baik dan sedang berehat di rumah.
“Ketika menjemput anak memang jelas kedengaran suara pekikan pelajar bukan saja pelajar perempuan tetapi pelajar lelaki. Serangan histeria dipercayai berlaku sejak malam kelmarin,” katanya.
Terdahulu tular video pelajar diserang histeria di media sosial sejak tengah malam tadi.
Zai berkata, pihak asrama turut meminta ibu bapa supaya menjemput anak masing-masing untuk dibawa pulang ke rumah malam tadi dan mereka yang tinggal jauh boleh menjemputnya hari ini.
Justeru itu, ibu bapa yang tinggal berhampiran bergegas menjemput anak masing-masing termasuk dia pada tengah malam tadi.
Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Datuk Dr Roslan Hussin mengesahkan seramai 165 pelajar asrama sekolah berkenaan dibenarkan pulang selepas kejadian berlaku bermula Sabtu lalu.
Bagaimanapun katanya seramai 20 pelajar tingkatan enam masih berada di asrama sekolah berikutan terbabit dengan peperiksaan.
“Sekolah tidak ditutup dan pembelajaran adalah seperti biasa, hanya pelajar asrama kita benarkan ibu bapa dan penjaga membawa anak mereka pulang untuk sementara waktu sehingga keadaan kembali reda.
“Berdasarkan maklumat, seramai 50 pelajar mengalami histeria dan kita masih memantau perkara ini. Keadaan ketika ini adalah stabil dan usaha pemulihan sedang dilakukan,” katanya. HM
50 pelajar diserang histeria, penghuni asrama terpaksa diberi cuti lima hari
Baca Artikel Menarik:
- Jutawan Malaysia bawah 30 tahun semakin meningkat
- Nasi Lemak pun CIA nak sibuk
- Tengku Zafrul akan diberi tugas baharu – Zahid
- Kenyataan Anwar bukti Titah Adendum wujud, kenapa disorok? – Yana
- Jururawat pengsan ditumbuk di tepi jalan, ini penjelasan polis
- ‘Raja Jalanan’ hilang takhta
- Suspek kes tembak di KLIA ucap masih sayang isteri
- Siti Mastura jadi bahan lagi
- PM bakal umum kenaikan gaji penjawat awam 1 Mei ini
- Bekas Menteri PH rancang ‘khianat’ Anwar dalam PRK Kuala Kubu Baharu
- Pemegang saham utama HeiTech Padu bukan lagi Farhash Salvador
- Kerajaan seperti mempermainkan titah Agong – Ahmad Jazlan
- Mahathir ‘melompat’ lagi, dakwa kini undang-undang ‘mengancam rakyat’
- Tuan Ibrahim nafi makan duit Bersatu
- Lelaki Russia beli emas AS$65 juta di Singapura untuk dana ceroboh Ukraine
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.