PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan dan Bersatu berebut kerusi?

PETALING JAYA: Bersatu dan Gerakan dilihat bersaing mewakili Perikatan Nasional (PN) pada PRK Kuala Kubu Baharu, dengan melobi untuk meletakkan calon Melayu mengambil kesempatan majoriti pengundinya daripada komuniti itu.

Menurut sumber PN, Gerakan mahu meletakkan pemimpin wanita Muniraa Abu Bakar, bekas calon komponen itu di DUN Bukit Lanjan pada PRN Selangor, Ogos lalu. Beliau tewas dengan majoriti 41,227 undi kepada calon Pakatan Harapan (PH) Pua Pei Ling.

Pada PRN lalu, calon Gerakan mewakili PN iaitu Henry Teoh tewas kepada Lee Kee Hiong daripada DAP dengan 4,119 undi di DUN Kuala Kubu Baharu. Lee yang mewakili PH di kawasan itu sejak 2013 meninggal dunia 21 Mac lalu akibat barah.



Dalam pada itu, sumber berkenaan turut memberitahu Bersatu pula mencadangkan Pemangku Ketua Hulu Selangor Khairul Azhari Saut yang juga anak jati tempatan untuk membawa cabaran PN pada PRK 11 Mei ini.

Sumber memaklumkan, PAS yang menguasai Parlimen Hulu Selangor dan DUN Hulu Bernam tidak mencadangkan ahlinya menjadi calon sebaliknya hanya mahu membantu kemenangan PN.

“Ini amalan biasa di mana setiap parti komponen cadangkan calon untuk dipertimbangkan pucuk pimpinan. Dua (Muniraa dan Khairul Azhari) ini boleh dikatakan pilihan utama.

“Banyak faktor akan dipertimbangkan pimpinan sebelum buat keputusan termasuk sentimen penduduk yang mahu orang dari kawasan itu selain pecahan pengundi mengikut kaum,” katanya kepada FMT sambil memaklumkan pengumuman calon hanya akan dibuat beberapa hari sebelum penamaan pada 27 April.



Seramai 40,226 orang layak mengundi pada PRK itu dengan pecahan 50% pengundi Melayu, Cina (30%) dan India (18%).

Timbul juga spekulasi demografi pengundi itu bakal mempengaruhi keputusan PH memilih calon Melayu mempertahankan kerusi berkenaan, berbanding meletakkan calon Cina sejak PRU 2013.

Sementara itu, Muniraa ketika dihubungi FMT mengesahkan beliau ada mendengar namanya dicalonkan parti bagi PRK berkenaan, namun menegaskan perbincangan lanjut sedang berjalan antara pimpinan utama PN.

“Ya betul, saya ada dicalonkan di peringkat parti sebab PN mahukan calon Melayu, namun saya difahamkan perbincangan masih berterusan dan belum ada keputusan lagi,” katanya.



Bagaimanapun, beliau yang mengundi di DUN Bukit Lanjan tidak mahu menaruh harapan tinggi, dan akur jika pimpinan pusat meletakkan tanggungjawab itu kepadanya.

“Apa saja Allah aturkan saya ambil tanggungjawab itu sekiranya ia diberikan kepada saya,” katanya.

Khairul Azhari yang juga anak jati Hulu Selangor dan kini menetap di Bukit Beruntung bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan meminta menunggu pengumuman rasmi daripada pucuk pimpinan.

“Tak pasti lagi sebab saya bukan dalam jawatankuasa yang boleh tentukan siapa calon. Kita tunggu yang rasmi nanti,” katanya.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jantan takdak teloq – Puteri Sarah



Sakit apendiks, kaki pula yang kena potong

Bella tenang disamping Syed Saddiq



Peniaga tembikai agih buah kepada pengguna jalan raya [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker