PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan perkenal calon ‘Kerajaan Perpaduan’ bukan lagi calon parti
Pengerusi Penyelarasan Gerak Kerja Jentera PRK Kuala Kubu Baharu, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu nanti akan mewakili Kerajaan Perpaduan dan bukan atas nama parti dalam gabungan itu.
Zambry yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berkata, calon berkenaan sedang dikenal pasti.
”Calon itu daripada Kerajaan Perpaduan, bukan calon dianggap atas nama parti… kita akan memperkenalkan calon itu (sebagai) calon Kerajaan Perpaduan.
“Sesiapa pun yang masuk gelanggang tentunya dengan hasrat untuk menang. Jadi, kita akan susun gerak kerja, dan program-program yang baik untuk meyakinkan rakyat, membawa misi politik yang baik iaitu ‘politik kesederhanaan’ daripada kerajaan Madani,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis pelancaran program rintis Artificial Intelligence Sandbox 2024 antara Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) dan NVIDIA di Taman MRANTI, Bukit Jalil di sini pada Khamis.
Selain itu, Zambry berkata, pihaknya juga telah melakukan persiapan awal bagi menghadapi pilihan raya itu untuk melihat keadaan semasa Kuala Kubu Baharu dengan mengambil kira aspek jumlah pengundi, kedudukan lokaliti dan taburan penduduk.
“Paling mustahak adalah untuk kita membawa mesej kerajaan ini iaitu membawa ‘politik kesederhanaan’. Itu ialah moto kita yang paling mustahak,” katanya.
Semalam, Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan Malaysia yang diadakan di Seri Perdana, Putrajaya, telah memutuskan Zambry dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Steven Sim diberi tanggungjawab bersama menjadi Pengerusi Penyelarasan Gerak Kerja Jentera PRK Kuala Kubu Baharu.
PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong pada 21 Mac lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini dengan 27 April sebagai hari penamaan calon. – Bernama
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Ramai MC penat tempuh kesesakan
- Ambil tindakan terhadap Hezry Yasin – Wanita UMNO
- Roy lega ibu jari kaki tak perlu dipotong
- Hattan hilang adik pada Syawal kelima
- Perbandingan Tentera Iran-Israel, siapa lebih kuat? [VIDEO]
- Kes Madu Marissa Dania, Kakak Misya Mazlan pula bersuara
- Amaran Iran buat Israel, ‘jangan bertindak balas, dendam sudah terlunas
- Sanggup beratur panjang hampir 2 jam hanya untuk ‘kencing dan berak’ [VIDEO]
- Kes tembakan KLIA: Ustazah Farah Cie dinasihat tidak buat kenyataan
- Suami isteri maut, motosikal berkuasa tinggi BMW terbabas jalan Jeli-Dabong
- Ji Zia dibidas, hanya Lee Chong Wei layak bercakap soal imej
- Pusat beli-belah di Sydney diserang, enam maut termasuk kanak-kanak
- Sanggup tikam rakan dan sumbat mayat ke dalam peti ais
- Ikan bandaraya pemusnah ekosistem, ikan patin, tilapia & lampam hampir pupus
- Syasya tinggalkan Dolla
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Peniaga tembikai agih buah kepada pengguna jalan raya [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.