Mahathir tak puas hati, mahu Anwar dan keluarga disiasat dan isytihar harta
Mahathir mempertikaikan SPRM berhubung dakwaan siasatan terhadap kekayaannya.
Bekas perdana menteri itu turut mempersoalkan sama ada SPRM juga mengarahkan seterunya, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan keluarga untuk menjelaskan harta, seperti yang dilakukan terhadap anak-anaknya.
SPRM kini sedang dalam proses menuntut pengisytiharan aset daripada dua anak Mahathir – Mokhzani dan Mirzan.
Bagaimanapun, kedua-duanya mendakwa Mahathir adalah sasaran sebenar siasatan rasuah itu – satu dakwaan yang tidak disahkan atau dinafikan oleh SPRM.
Dalam kenyataannya hari ini, Mahathir berkata bahawa notis SPRM yang dihantar kepada Mirzan menyatakan bahawa suruhanjaya itu mendapati dia telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM, yang meliputi penyalahgunaan kuasa.
“Setakat saya tahu saya tidak pernah disiasat. Tetapi notis SPRM menyatakan saya melaku kesalahan,” katanya.
Mahathir berkata bahawa dia telah memulakan saman fitnah terhadap Anwar tahun lepas kerana dakwaan dia mempunyai harta berbilion ringgit.
“Hingga sekarang Anwar tidak dapat tunjuk bukti saya memiliki berbillion Ringgit.
“Ini bermakna hingga sekarang saya belum didapati bersalah. Jika SPRM ada bukti tunjuklah,” katanya.
Sementara itu, Mahathir turut menimbulkan persoalan mengenai kekayaan Anwar, merujuk kepada akuan berkanun oleh bekas penolong gabenor Bank Negara Abdul Murad Khalid pada Oktober 1999 yang mendakwa Anwar mempunyai kira-kira RM3 bilion dalam 20 akaun peribadi yang berasingan.
SPRM pada Januari lalu berkata bahawa Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebelum ini telah menyiasat dakwaan terhadap Anwar itu ketika Mahathir menjadi perdana menteri.
Siasatan mendapati tiada kes terhadap Anwar.
Bekas perdana menteri itu bagaimanapun tidak berpuas hati dengan perkara ini.
“Walaupun Anwar tidak didapati bersalah, kenapa statutory declaration (akuan berkanun) Murad tidak ditarik balik?
“Apakah isteri dan anak-anak Anwar diarah menjelaskan semua harta mereka?” soalnya.
Pada 2012, dilaporkan Murad menarik balik akuan berkanun dan menuduh BPR memaksa dia menandatangani dokumen tersebut.
Sementara itu, Anwar, isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan anak sulung mereka Nurul Izzah telah mengisytiharkan harta sebelum pilihan raya umum ke-15, sebagai sebahagian daripada usaha PKR untuk membuktikan ketelusannya.
Anwar sendiri mengisytiharkan pada masa itu aset bersih sebanyak RM11.18 juta.
Aset bersih Wan Azizah ketika itu ialah RM1.36 juta manakala aset bersih Nurul Izzah ketika itu ialah RM808,761.
Pengisytiharan aset awam terakhir Mahathir pada 2019 meletakkan asetnya pada masa itu berjumlah RM32.2 juta.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Ramai MC penat tempuh kesesakan
- Ambil tindakan terhadap Hezry Yasin – Wanita UMNO
- Roy lega ibu jari kaki tak perlu dipotong
- Hattan hilang adik pada Syawal kelima
- Perbandingan Tentera Iran-Israel, siapa lebih kuat? [VIDEO]
- Kes Madu Marissa Dania, Kakak Misya Mazlan pula bersuara
- Amaran Iran buat Israel, ‘jangan bertindak balas, dendam sudah terlunas
- Sanggup beratur panjang hampir 2 jam hanya untuk ‘kencing dan berak’ [VIDEO]
- Kes tembakan KLIA: Ustazah Farah Cie dinasihat tidak buat kenyataan
- Suami isteri maut, motosikal berkuasa tinggi BMW terbabas jalan Jeli-Dabong
- Ji Zia dibidas, hanya Lee Chong Wei layak bercakap soal imej
- Pusat beli-belah di Sydney diserang, enam maut termasuk kanak-kanak
- Sanggup tikam rakan dan sumbat mayat ke dalam peti ais
- Ikan bandaraya pemusnah ekosistem, ikan patin, tilapia & lampam hampir pupus
- Syasya tinggalkan Dolla
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Peniaga tembikai agih buah kepada pengguna jalan raya [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.