Cuti Aidilfitri berakhir, aliran trafik menuju ke Lembah Klang sesak teruk

Aliran trafik di lebuh raya dari utara dan pantai timur menuju ke Lembah Klang padat, setakat petang ini, susulan orang ramai berpusu-pusu pulang dari kampung halaman.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata, setakat jam 5 petang ini, kenderaan memenuhi lebuh raya dari utara menuju ke Lembah Klang, antaranya di Pendang ke Gurun sehingga ke Sungai Petani Utara selain dari Bertam ke Sungai Dua, Permatang Pauh ke Perai, Bandar Baharu ke Alor Pongsu dan Bukit Merah ke Taiping.

“Trafik juga sesak dari utara ke Lembah Klang di Gopeng menuju Tapah, Sungkai ke Slim River dan Tanjung Malim ke Sungai Buaya.

“Dari arah pantai timur di Lebuhraya Pantai Timur 2, trafik sesak di Kawasan Rehat dan Rawat Paka menuju ke Paka dan Kijal ke Chukai,” katanya ketika dihubungi.

Pergerakan trafik turut dilaporkan perlahan di Lebuhraya Pantai Timur 1 menuju ke Lembah Klang.

Sementara itu, lalu lintas dari selatan menuju ke Lembah Klang dilaporkan terkawal dan kesesakan hanya berlaku di Jasin menuju ke Simpang Ampat, Pedas Linggi ke Port Dickson dan Bandar Ainsdale menuju Nilai.

Pengguna lebuh raya dinasihatkan berhati-hati ketika memandu berikutan hujan lebat di kebanyakan lokasi.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Marah kawan dengan Bella, Muaz belikan ibu TV

“Hang yang bagitau abang hang aku pregnant bukan anak dia”

Kifarah Bella dapat laki buas – Ahli keluarga

Kek Lapis Baklava RM650 laku keras di Samarahan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker