Ketua Pemuda DAP Kebangsaan bidas Ketua Pemuda UMNO Malaysia

Ketua Pemuda DAP Dr Kelvin Yii semalam membidas Ketua Pemuda UMNO Malaysia Dr. Akmal Saleh sepatutnya membawa hujah matang atau kritikan membina dalam perbincangan mengenai kontroversi stoking ‘Allah’ baru-baru ini.

“Sebagai pemimpin muda, ketua Pemuda Umno sepatutnya menunjukkan contoh yang baik dalam politik dan tidak menunjukkan sikap tidak matang dengan mencerca walaupun tidak bersetuju dengan tindakan seorang menteri dalam kerajaan.

“Sama ada kita bersetuju atau tidak dengan tindakan atau kenyataan yang diperkatakan, sebagai seorang pemimpin muda, beliau sepatutnya membawa hujah yang wajar dan matang ke atas meja sama ada untuk menyangkal kenyataan itu atau menambah kritikan membina kepada isu yang dihadapi,” katanya pada satu kenyataan.

Yii yang juga ahli parlimen Bandar Kuching merujuk kenyataan Akmal di Facebook awal hari ini, yang menafikan kempen boikot yang diperjuangkannya telah memburukkan ekonomi.

Sebaliknya, kata Akmal kemerosotan ekonomi kerana ada menteri “bodoh” seperti Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, yang pemimpin DAP.

Semalam, Nga pada hantaran di X berkata pekerja tempatan menderita akibat pemboikotan yang diseru oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Jangan sekali masuk dalam perangkap penghasut, negara kita memerlukan usaha semua pihak untuk membangunkan ekonomi negara,” katanya.

Sementara itu, Yii berkata budaya politik negara tidak boleh merudum ke tahap kata-mengata.

“Berhujah soal dasar dengan dasar, usulkan dengan cadangan yang lebih baik, berbincang dengan wacana yang matang.

“Barulah politik kita boleh matang dan benar-benar menambah nilai kepada masyarakat kita,” katanya.

Sebelum ini, Akmal menyeru boikot terhadap KK Mart berhubung isu stoking “Allah” dan terhadap produk usahawan kosmetik Aliff Syukri selepas video Hari Raya yang terakhir itu dianggap tidak menghormati kesucian Ramadan.

Bulan lalu, imej stoking yang mengandungi kalimah “Allah” yang dijual di cawangan KK Mart Bandar Sunway tular di media sosial, mencetuskan kekecohan.

KK Mart segera memohon maaf kepada semua pelanggannya, khususnya masyarakat Islam dan menghentikan penjualan stokin tersebut.

Walaupun telah memohon maaf, Akmal bertegas bahawa boikot terhadap KK Mart mesti diteruskan.

Pada Mac lalu, Chai, dan isterinya Loh Siew Mui, selaku pengarah telah diheret ke Mahkamah Sesyen Shah Alam dan didakwa dengan pertuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam.

Mereka mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Selain menjadi sasaran kempen boikot khususnya daripada Pemuda Umno, tiga kedai serbaneka KK Mart diserang cubaan bom api.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kemudiannya menggesa semua pihak berhenti mengambil kesempatan terhadap isu itu, bertitah perkara berkenaan perlu diserahkan kepada pihak berkuasa.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Marah kawan dengan Bella, Muaz belikan ibu TV

“Hang yang bagitau abang hang aku pregnant bukan anak dia”

Kifarah Bella dapat laki buas – Ahli keluarga

Kek Lapis Baklava RM650 laku keras di Samarahan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker