Mamu sekarang ditabalkan Presiden Duda – Along Cham

Mamu sekarang ditabalkan Presiden Duda – Along Cham

Pelawak Along Cham berseloroh menyerahkan status presiden duda kepada Sharnaaz selepas mendirikan rumah tangga buat kali kedua pada 4 April lalu.

Melalui sebuah hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya semalam, Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad,41, berkata dia mahu menyerahkan ‘mahkota’ presiden duda kepada aktor berkenaan.



“Maka dengan ini, saya serahkan jawatan Presiden Duda kepada Yang Berbahagia Tuan Mamu (panggilan Sharnaaz),” katanya dalam kapsyen Instagram.

Hantaran tersebut disambut Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad,39, yang berjanji akan menjaga amanah tersebut dengan baik.

“Saya akan menjaga amanah ini dengan baik tuan, Duda lets go!,” balas Sharnaaz melalui hantaran yang dikongsi semula dalam InstaStorynya.

Pada masa sama, bapa kepada Jebat Jayden itu turut mengucapkan selamat pengantin baharu kepada Along selepas lelaki itu bertemu jodoh buat kali kedua dengan pasangannya, Afreena Suhaimi, 32, pada 4 April 2024.



Sebelum ini, Along pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas Bintang Akademi Fantasia musim keempat (AF4) iaitu Zila Seeron, 35, pada 23 Januari 2010.

Bagaimanapun rumah tangga yang dibina tidak bertahan lama apabila mereka bercerai pada 13 Ogos 2016 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak bernama Ahmad Danial,12. K Online

Mamu sekarang ditabalkan Presiden Duda – Along Cham

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Marah kawan dengan Bella, Muaz belikan ibu TV

“Hang yang bagitau abang hang aku pregnant bukan anak dia”



Kifarah Bella dapat laki buas – Ahli keluarga

Kek Lapis Baklava RM650 laku keras di Samarahan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker