Nabila Razali Makin Kuat Makan Setelah Hamil Anak Sulung
Maklum Bakal Berslin Pada Januari Depan
Nabila Razali Makin Kuat Makan Setelah Hamil Anak Sulung
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali, 32, telah mengesahkan bahawa dia sedang hamil anak sulung dan dijangka bersalin pada Januari tahun depan.
Khabar gembira ini pastinya mengujakan peminat dan rakan-rakan di industri hiburan, serta mencipta momen indah dalam kehidupan Nabila dan suaminya, Nik Iruwan Nik Izani, 39.
Dalam satu kenyataan, Nabila meluahkan rasa syukur atas anugerah ini, berkata, “Alhamdulillah, saya dan suami bersyukur dengan rezeki ini. Terima kasih atas doa dan sokongan.
Ini adalah saat yang sangat membahagiakan buat kami.” Nabila juga tidak sabar untuk berkongsi perjalanan kehamilan ini dengan semua yang telah menyokong kerjaya dan kehidupannya.
“Sekarang saya rasa nak tidur sahaja. Namun, saya masih komited dalam bidang seni, terutama beberapa kerja yang sudah dirancang lebih awal,” katanya.
Nabila percaya bahawa fasa kehamilan ini adalah satu lagi episod indah dalam hidupnya, didukung oleh keluarga, rakan, dan peminat setia.
“Fasa ini sebagai titik permulaan dengan kesyukuran dan kegembiraan. Setiap detiknya menjadi pengalaman berharga yang pasti akan diabadikan dalam memori kehidupan,” ujarnya.
Berbicara tentang keadaan dirinya sepanjang kehamilan, Nabila menyatakan tiada perubahan ketara melainkan selera makannya yang semakin bertambah.
“Alhamdulillah, saya tidak ada keinginan yang melampau dan alahan teruk. Hanya biasa sahaja. Kalau ada perubahan pun dari segi tenaga. Tapi, ia mungkin perkara biasa bagi wanita hamil,” jelasnya.
Nabila juga menambahkan, “Tentulah banyak makan. Selera makan bertambah-tambah. Apa pun, saya mahu nikmati saja perjalanan sepanjang kehamilan ini.”
Nabila dan suaminya, Nik Iruwan, selamat melangsungkan perkahwinan pada 18 November tahun lalu di sebuah majlis yang indah di Bukit Tinggi, Pahang.
Dengan kehadiran cahaya mata sulung ini, pasti pasangan ini akan melalui satu lagi bab baru yang penuh dengan cinta dan kegembiraan.
Nabila Razali Makin Kuat Makan Setelah Hamil Anak Sulung
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PN: Azmin Punca Kekalahan Di Mahkota
- Pendakwa Tidak Pernah Buktikan Duit Yang Masuk Akaun DS Najib Dari 1MDB
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET