Jemput ke gerai saya…

Jemput ke gerai saya…

Jempol: Niat Tun Saliza Mat Shum berkongsi gambarnya berdiri di tengah kedai makan tanpa pelanggan dalam kumpulan Edit Apa Hari Ini dekat Facebook (Fb) baru-baru ini sekadar untuk suka-suka saja.

Bagaimanapun, lain jadinya apabila perkongsian ibu empat anak itu tular hingga meruntun hati netizen malah ramai sebak mengenangkan nasibnya.



Ia kerana Tun Saliza turut berkongsi hasil pendapatannya yang tidak banyak sejak kebelakangan ini.

Berkongsi kisah sebenar, Tun Saliza, 49, berkata, gambar berkenaan dimuat naik pada petang Jumaat lalu ketika berada di kedai makannya yang terletak di sebuah medan selera dekat Bandar Seri Jempol, di sini.

“Ketika itu, kedai saya tidak ramai orang. Lihat kedai sebelah, ramai pelanggan namun tidak ada iri hati langsung kerana baik dengan pemiliknya.

“Cuma, dalam hati berangan bila agaknya kedai saya nak dapat ramai pelanggan dan kebetulan, anak ada kerana cuti sempena Deepavali.



“Jadi, saya minta anak ambil gambar saya sendirian di hadapan kedai kemudian muat naik dalam kumpulan berkenaan (Edit Apa Hari Ini). “Tujuannya untuk minta bantuan pengikut kumpulan itu supaya menyunting gambar saya supaya nampak ramai pelanggan di kedai,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Tanpa disangka, gambar berkenaan meraih perhatian ramai dengan ada yang mendoakan dan tidak kurang juga mengecam.

“Tiada niat untuk promosikan kedai sebenarnya kerana memang kongsi untuk suka-suka saja tetapi ada juga katakan ia sekadar satu taktik pemasaran.

“Ada juga komen kata saya cuba meraih simpati ketika kedai tidak laku tetapi akan naikkan harga apabila dapat sambutan.



“Sedangkan, dakwaan itu tidak benar malah saya sendiri terkejut dan malu juga sebenarnya apabila perkongsian saya jadi tular.

“Bagaimanapun, tiada impak sangat pun sejak tular kerana tidak ramai juga pelanggan yang datang selepas itu.

“Hari ini ramai sedikit, ada muka tidak pernah saya nampak mungkin mereka datang selepas baca perkongsian saya,” katanya.

Meskipun begitu, Tun Saliza berterima kasih kepada mereka yang mendoakan dan memberi kata semangat kepadanya.



Berkongsi mengenai perniagaannya, Tun Saliza berkata, dia tidak berseorangan sebaliknya menjalankan perniagaan dengan bantuan suami, Ridzuan Md Sharif, 49.

Menurut Tun Saliza, perniagaannya di medan selera itu baru bermula sejak Julai lalu dan diuruskan bersama suami tanpa ada pekerja.

“Sebelum ini, kami berniaga di kampung saja tetapi cuba nasib buka kedai di bandar dengan harapan dapat rezeki lebih dan tiada pekerja kerana bimbang tidak mampu bayar.

“Kami jual set nasi gulai kawah kambing dan daging, nasi minyak dan nasi putih, nasi daging air asam dan sedikit makanan bergoreng.



“Hasil jualan tidak menentu, pernah dapat RM47 dari pagi hingga ke petang dan ada waktunya RM50 dan RM70.

“Peritnya kerana saya perlu berulang alik hampir sejam juga dari rumah untuk ke medan selera jadi agak tidak balik modal jika hasil jualan kurang. “Bagaimanapun, saya dan suami akan terus berniaga kerana hanya ini sumber pendapatan kami buat masa sekarang,” katanya. HM

Jemput ke gerai saya…


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Halloween di Arab Saudi petanda bencana umat akhir zaman

Apa yang perlu diketahui tentang tragedi Halloween Itaewon?

Seluar tertanggal atas pentas bukan punca Tom tersingkir dari GV9

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker