Netanyahu tangani krisis Gaza dengan cara memudaratkan – Biden
Netanyahu tangani krisis Gaza dengan cara memudaratkan – Biden
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, mengakui pendekatan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, terhadap perang Gaza lebih merugikan daripada membantu Israel.
Kenyataan itu dibuat Biden dalam temubual yang disiarkan semalam, sekaligus memperlihatkan dengan jelas kesabaran Presiden AS terhadap rakan sejawatnya di Israel semakin tipis.
Susulan krisis kemanusiaan Gaza kian meruncing dan kumpulan sayap kiri Biden semakin menekan, beliau dilihat membuat kenyataan bercanggah mengenai soal ‘garis merah’ atau had batas berhubung ancaman Israel untuk menyerang Rafah di selatan Gaza.
Biden berkata, Netanyahu mempunyai hak untuk mempertahankan Israel dan terus menyerang Hamas, namun harus memberi lebih perhatian kepada nyawa orang awam yang hilang akibat tindakan ganas yang diambil itu.
“Mengikut pandangan saya, tindakan beliau (Netanyahu) lebih merugikan daripada membantu Israel,” katanya.
Berkenaan serangan Israel ke atas Rafah, di mana kira-kira 1.5 juta penduduk kawasan itu bersesak, Biden dilihat berbelah bahagi dan keliru.
“Inilah ‘garisan merah’ yang dimaksudkan iaitu had yang tidak boleh dilangkaui. Saya tidak akan meninggalkan Israel kerana mempertahankan Israel adalah penting.
“Namun, tiada ‘garis merah’ sekiranya saya mahu menghentikan semua bekalan senjata supaya mereka tidak lagi memiliki sistem pertahanan udara Iron Dome sebagai pertahanan.
“Hakikatnya, ‘garis merah’ ini bermakna ada hadnya, kita tidak boleh membiarkan lebih 30,000 lagi penduduk Palestin terbunuh,” kata pemimpin berusia 81 tahun itu, yang bercanggah dengan kenyataan awalnya.
Dalam suatu ucapan di Dewan Perwakilan pada Khamis, Biden menyatakan bahawa beliau memberitahu Netanyahu mereka perlu mengadakan pertemuan untuk kembali kepada kenyataan sebenar.
Katanya, Netanyahu harus sedar diri dan menerima hakikat bahawa apa yang dilakukannya itu salah, dikecam seluruh dunia dan tidak menjanjikan masa depan yang baik bagi Israel.
Walaupun terdapat perubahan pada nada Biden, pentadbirannya tetap menolak desakan aktivis untuk menghentikan berbilion dolar bantuan ketenteraan yang dihantar AS kepada Israel saban tahun, malah ditambah sejak perang bermula di Gaza lima bulan lalu.
Biden turut mengelak menjawab berkenaan kemungkinan lawatan baharu ke Israel, yang kali terakhir dikunjunginya pada Oktober lalu.
Apabila ditanya sama ada akan melawat Israel, Biden berkata “ya” tetapi enggan menyatakan sama ada beliau menerima jemputan. BH
Netanyahu tangani krisis Gaza dengan cara memudaratkan – Biden
Baca Artikel Menarik:
- Filem Sarimah bukan lagi haknya
- Amaran Biden kepada Israel
- TH dedah wang ‘lesap’ dipindah ke akaun bank pengadu sendiri
- Dekat Padang Masyar awak cari saya – Lola
- Pemain bertudung gegar bola tampar Korea Selatan
- Erma ‘bekap’ aksi umrah Hafiz Mahamad
- Konsert Taylor Swift: Tuan Ibrahim ‘sekolahkan’ Peja
- Starbucks terpaksa buang 2,000 pekerja
- Rugi RM1 bilion, ini penjelasan FELDA
- Tempeleng maut buat Azmin
- Dr Syikin jual cekodok, karipap di Liverpool (Video)
- Khabib dipujuk untuk kembali
- Wan Saiful jangan koyak lagi
- Kami tidak akan maafkan dia
- Dwen tak mahu dikenali sebagai penyanyi lagi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rayuan jangan boikot Starbucks, netizen ‘sekolahkan’ Vincent Tan