Mydin terbakar, Bomba hampir terperangkap akibat dinding pasar raya runtuh
IPOH – Sepasukan 15 anggota yang melakukan operasi pemadaman di bahagian dalam Pasar Raya Besar Mydin di Manjoi di sini diarah keluar selepas berlaku runtuhan pada dinding bangunan tersebut pada Ahad.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, ketika kejadian anggota yang dilengkapi dengan peralatan perlindungan diri (PPE) dan alat pernafasan berada di tingkat satu bahagian kiri bangunan.
“Setelah melakukan penilaian risiko, pasukan masuk dari pintu belakang memulakan operasi pemadaman secara ‘offensive’. Kira-kira 20 minit kemudian terdengar runtuhan berlaku di bahagian kanan.
“Runtuhan itu melibatkan dinding dengan api mula marak. Pasukan yang berada di dalam bangunan telah diarahkan keluar demi keselamatan mereka,” katanya kepada pemberita di sini.
Menurut beliau, pelbagai strategi pemadaman telah disusun berikutan struktur bangunan mula rapuh dan tidak selamat dimasuki.
“Kaedah pemadaman secara ‘defensive’ dilakukan dengan menggunakan Ariel Ladder Platform (ALP) bermula dari bumbung yang menempatkan panel solar.
“Struktur bumbung bangunan telah runtuh dan api merebak ke tingkat satu. Api yang marak dengan cepat berjaya dikawal sepenuhnya oleh pasukan bomba,” katanya.
Sayani berkata, sisa runtuhan yang bertaburan di Jalan Pasar di sini, disahkan tidak mengenai rumah penduduk dan tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.
“Pemadaman kebakaran masih diteruskan apabila struktur dinding di bahagian kiri bangunan mula retak dan berisiko untuk berlaku runtuhan.
“Operasi dijangka mengambil masa lama berikutan api masih marak di kawasan bangunan dianggarkan seluas 10,000 kaki persegi dengan memfokuskan kedua-dua bahagian,” katanya.
Beliau turut menasihatkan penduduk berhampiran agar tidak menghampiri lokasi kejadian berikutan kawasan persekitaran adalah tidak selamat.
Operasi bermula jam 7.09 malam itu melibatkan 123 pegawai dan anggota daripada bomba, polis, Jabatan Sukarelawan (Rela), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Lembaga Air Perak dan Tenaga Nasional Berhad.
Pemadaman melibatkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya, Ipoh, Simpang Pulai, Pasir Puteh serta dibantu Pasukan Bomba Sukarela Pekan Baru, Bercham, Chemor dan Pusing.
Sinar
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Filem Sarimah bukan lagi haknya
- Amaran Biden kepada Israel
- TH dedah wang ‘lesap’ dipindah ke akaun bank pengadu sendiri
- Dekat Padang Masyar awak cari saya – Lola
- Pemain bertudung gegar bola tampar Korea Selatan
- Erma ‘bekap’ aksi umrah Hafiz Mahamad
- Konsert Taylor Swift: Tuan Ibrahim ‘sekolahkan’ Peja
- Starbucks terpaksa buang 2,000 pekerja
- Rugi RM1 bilion, ini penjelasan FELDA
- Tempeleng maut buat Azmin
- Dr Syikin jual cekodok, karipap di Liverpool (Video)
- Khabib dipujuk untuk kembali
- Wan Saiful jangan koyak lagi
- Kami tidak akan maafkan dia
- Dwen tak mahu dikenali sebagai penyanyi lagi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rayuan jangan boikot Starbucks, netizen ‘sekolahkan’ Vincent Tan
You must be logged in to post a comment.