Juruterbang Batik Air tertidur semasa penerbangan diberi amaran keras
Kementerian Pengangkutan Indonesia memberi amaran keras kepada Batik Air susulan insiden juruterbang dan pembantu juruterbang syarikat penerbangan komersial itu tertidur semasa penerbangan dari Sulawesi Tenggara ke Jakarta baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan, ketua pengarah penerbangan awam kementerian M. Kristi Endah Murni berkata siasatan menyeluruh bakal dijalankan dan hukuman akan ditentukan berdasarkan hasil siasatan pasukan penyiasat.
“Seorang pemeriksa kapal terbang akan dihantar untuk menangani Penyelesaian Isu Keselamatan, menentukan punca dan mengesyorkan tindakan sewajarnya terhadap pengendali syarikat penerbangan dan pengawal selianya,” katanya.
Laporan awal Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan mendedahkan bahawa kedua-dua juruterbang itu tertidur kira-kira 28 minit semasa penerbangan Batik Air BTK6723 pada 25 Januari.
Kedua-dua juruterbang itu kini digantung mengikut prosedur dalaman.Walaupun terdapat beberapa kesilapan navigasi, pesawat itu yang membawa 153 penumpang dan empat pramugari, selamat mendarat tanpa sebarang kecederaan.
Kristi menegaskan bahawa syarikat penerbangan mesti mengutamakan masa dan kualiti rehat untuk juruterbang dan kru penerbangan kerana ia mempengaruhi tugas mereka semasa penerbangan.
“Kami juga akan meneliti operasi penerbangan malam di Indonesia khasnya berkaitan pengurusan risiko keletihan bagi Batik Air dan semua pengendali syarikat penerbangan,” katanya. – Bernama
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Filem Sarimah bukan lagi haknya
- Amaran Biden kepada Israel
- TH dedah wang ‘lesap’ dipindah ke akaun bank pengadu sendiri
- Dekat Padang Masyar awak cari saya – Lola
- Pemain bertudung gegar bola tampar Korea Selatan
- Erma ‘bekap’ aksi umrah Hafiz Mahamad
- Konsert Taylor Swift: Tuan Ibrahim ‘sekolahkan’ Peja
- Starbucks terpaksa buang 2,000 pekerja
- Rugi RM1 bilion, ini penjelasan FELDA
- Tempeleng maut buat Azmin
- Dr Syikin jual cekodok, karipap di Liverpool (Video)
- Khabib dipujuk untuk kembali
- Wan Saiful jangan koyak lagi
- Kami tidak akan maafkan dia
- Dwen tak mahu dikenali sebagai penyanyi lagi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rayuan jangan boikot Starbucks, netizen ‘sekolahkan’ Vincent Tan
You must be logged in to post a comment.