Keadaan padang Stadium Nasional amat memalukan dan mengecewakan Pan Gon
KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Kim Pan Gon tidak berpuas hati dengan keadaan terkini padang di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Perkara berkenaan diluahkan Pan Gon ketika ditanya pendapatnya mengenai padang Stadium Nasional selepas melawat gelanggang keramat Harimau Malaya itu, kelmarin.
Pengendali dari Korea Selatan itu bagaimanapun menjelaskan pihak konsultan memberi jaminan padang berkenaan akan berada pada tahap terbaik sebelum aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman, 26 Mac ini.
“Semalam (kelmarin) tidak bagus (keadaan padang), tetapi mereka kata bahawa sebelum perlawanan mereka yakin untuk menyediakan keadaan padang yang baik.
“Jadi saya percaya apa yang mereka katakan. Semalam sangat mengecewakan, tetapi mereka kata selepas dua minggu, mereka penuh yakin padang akan dalam keadaan baik,” katanya.
Sebelum ini, status Stadium Nasional yang bakal menjadi gelanggang bagi aksi menentang Oman menjadi tanda tanya susulan penganjuran konsert Ed Sheeran, bulan lalu.
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dalam laporan BH Sukan sebelum ini menjelaskan pihaknya akan melawat gelanggang terbabit dahulu sebelum membuat keputusan sama ada stadium itu boleh digunakan atau tidak untuk aksi menentang Oman.
Malah, beliau menjelaskan pihaknya memiliki beberapa pilihan gelanggang lain termasuk Stadium Sultan Ibrahim dan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin sekiranya Stadium Nasional tidak menepati kualiti yang diharapkan untuk digunakan bagi aksi menentang Oman.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman dalam kenyataan semalam bagaimanapun mengumumkan aksi itu kekal akan berlangsung di Stadium Nasional.
Ia selepas Hamidin dan Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Datuk Hans Isaac bersama barisan kejurulatihan Harimau Malaya diketuai Pan Gon melakukan lawatan bagi meninjau keadaan terkini padang di stadium berkenaan, kelmarin.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Filem Sarimah bukan lagi haknya
- Amaran Biden kepada Israel
- TH dedah wang ‘lesap’ dipindah ke akaun bank pengadu sendiri
- Dekat Padang Masyar awak cari saya – Lola
- Pemain bertudung gegar bola tampar Korea Selatan
- Erma ‘bekap’ aksi umrah Hafiz Mahamad
- Konsert Taylor Swift: Tuan Ibrahim ‘sekolahkan’ Peja
- Starbucks terpaksa buang 2,000 pekerja
- Rugi RM1 bilion, ini penjelasan FELDA
- Tempeleng maut buat Azmin
- Dr Syikin jual cekodok, karipap di Liverpool (Video)
- Khabib dipujuk untuk kembali
- Wan Saiful jangan koyak lagi
- Kami tidak akan maafkan dia
- Dwen tak mahu dikenali sebagai penyanyi lagi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rayuan jangan boikot Starbucks, netizen ‘sekolahkan’ Vincent Tan
You must be logged in to post a comment.