Halaman sekitar Kaabah kini hanya untuk jemaah umrah – Kerajaan Arab Saudi
KAHERAH: Arab Saudi menetapkan halaman sekitar Kaabah di Masjidil Haram, adalah dihadkan untuk jemaah yang mengerjakan Umrah sahaja.
Pihak Berkuasa Am Penjagaan Dua Masjid Suci, yang bertanggungjawab ke atas Masjidil Haram di Makkah, berkata langkah itu bagi memastikan keselamatan jemaah dan membolehkan mereka melakukan ibadah dengan mudah lagi selesa.
Agensi penguasa itu menggesa pengunjung lain menggunakan tempat yang ditetapkan untuk solat, di masjid yang terbentang luas itu.
Langkah itu diumumkan, menjelang bulan suci Ramadan apabila musim umrah biasanya memuncak, menurut laporan Gulf News.
Sejak alam beberapa bulan kebelakangan ini, Arab Saudi mendedahkan banyak kemudahan untuk umat Islam di luar negara, untuk datang ke negara itu bagi menunaikan umrah.
Umat Islam yang memegang pelbagai jenis visa kunjungan, seperti visa peribadi, lawatan dan pelancong, dibenarkan untuk mengerjakan Umrah dan melawat Al Rawda Al Sharifa, di mana makam Nabi Muhammad (SAW) terletak di Masjid Nabawi di Madinah, selepas membuat tempahan kunjungan melalui talian.
Pihak berkuasa Arab Saudi juga melanjutkan visa umrah daripada 30 hari kepada 90 hari, dan membenarkan pemegangnya memasuki negara itu melalui semua saluran darat, udara dan laut serta keluar dari mana-mana lapangan terbang.
Sementara itu, jemaah wanita tidak lagi perlu diiringi oleh mahram lelaki.
Pemerintah Arab Saudi juga memaklumkan bahawa ekspatriat yang menetap di negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GIC) layak memohon visa pelancong, tanpa mengira profesion mereka, dan boleh menunaikan umrah.- AGENSI
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Filem Sarimah bukan lagi haknya
- Amaran Biden kepada Israel
- TH dedah wang ‘lesap’ dipindah ke akaun bank pengadu sendiri
- Dekat Padang Masyar awak cari saya – Lola
- Pemain bertudung gegar bola tampar Korea Selatan
- Erma ‘bekap’ aksi umrah Hafiz Mahamad
- Konsert Taylor Swift: Tuan Ibrahim ‘sekolahkan’ Peja
- Starbucks terpaksa buang 2,000 pekerja
- Rugi RM1 bilion, ini penjelasan FELDA
- Tempeleng maut buat Azmin
- Dr Syikin jual cekodok, karipap di Liverpool (Video)
- Khabib dipujuk untuk kembali
- Wan Saiful jangan koyak lagi
- Kami tidak akan maafkan dia
- Dwen tak mahu dikenali sebagai penyanyi lagi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rayuan jangan boikot Starbucks, netizen ‘sekolahkan’ Vincent Tan
You must be logged in to post a comment.