Asyik cari lokan, lelaki akhirnya dibaham buaya

Seorang lelaki hilang selepas dikhuatiri dibaham buaya ketika mencari lokan di Sungai Kalabakan di Kampung Mangga Kalabakan di sini pada Sabtu.

Mangsa, Asmadi Harun, 57, dikatakan mencari lokan bersama dua lagi ahli keluarganya di hulu sungai tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.35 petang.



“Menurut pengadu, mangsa dibaham buaya ketika melakukan aktiviti mencari lokan di hulu sungai bersama dua ahli keluarganya.

“Jarak lokasi kejadian sejauh 89 kilometer dari BBP Tawau dan setakat ini hanya Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berada di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada malam Sabtu.

Tambah beliau, pasukan BBP Tawau akan ke lokasi pada Ahad bagi mendapatkan maklumat dan operasi selanjutnya.

“Setakat ini, pihak kami belum menerima maklumat yang tepat dan anggota bomba akan ke lokasi esok manakala operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan esok.



“Maklumat akan dikemas kini dari masa ke masa,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Rayuan jangan boikot Starbucks, netizen ‘sekolahkan’ Vincent Tan

Toshiba bakal muflis?



Ajai tolak berduet dengan Nourul, dah tak ada rasa katanya,

Elly menggigil dicabul ustaz



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker