5 kanak-kanak Palestin maut dihempap bantuan udara Amerika di Gaza [VIDEO]

GAZA: Kerosakan payung terjun ketika menggugurkan bantuan kemanusiaan dari udara di Gaza membawa padah apabila lima kanak-kanak maut dan 10 lagi cedera dihempap bungkusan itu.

Ketua jabatan penjagaan kecemasan di Kompleks Perubatan Al Shifa di Bandaraya Gaza, Muhammad Al-Sheikh memberitahu CNN bahawa tragedi itu berlaku di kem Al Shati di barat bandar itu, lapor United Press International (UPI).

Al-Sheikh berkata kecederaan dialami beberapa mangsa agak serius.

Setiausaha akhbar Pentagon Mej Jen Pat Ryder memberitahu ABC News bahawa tiada individu yang cedera dalam misi Amerika Syarikat (AS) menggugurkan bantuan kemanusiaan pada Jumaat di utara Gaza.

Seorang saksi, Mohammed al-Ghoul memberitahu AFP, dia dan abangnya mengikut bantuan melalui payung terjun itu dengan harapan mendapat sebungkus tepung.

“Kemudian, secara tiba-tiba, payung terjun itu tidak terbuka dan jatuh seperti roket menghempap sebuah rumah,” katanya.

Kedua-dua tentera Jordan dan pegawai pertahanan Amerika Syarikat (AS) menafikan bungkusan bantuan digugurkan dari pesawat mereka menyebabkan kematian itu.

Bantuan yang digugurkan dari udara turut dilakukan dengan kerjasama Belgium, Mesir, Perancis dan Belanda.

Krisis kemanusiaan di Gaza kini semakin genting sehingga berada di ambang kebuluran lima bulan selepas perang, mendorong beberapa negara menghantar makanan dan bantuan lain dari udara.

Namun, tragedi terbaharu akibat kerosakan payung terjun itu menyebabkan beberapa alternatif lain dipertimbangkan termasuk melalui laut, berikutan Israel bertindak menyekat semua laluan darat.

Usaha antarabangsa untuk menghantar bantuan kemanusiaan yang amat diperlukan ke Gaza melalui laut dilancar semalam sebagai terbaharu untuk mengatasi sekatan akses darat oleh Israel.

Di pelabuhan Cyprus Larnaca, ketua Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen, menyatakan harapan supaya koridor maritim boleh dibuka esok, walaupun butiran penting mengenai operasi yang dirancang itu masih tidak jelas.

Katanya, ‘operasi rintis awal’ dilancarkan pada Jumaat dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) membantu mengaktifkan koridor dengan mendapatkan penghantaran pertama daripada banyak lagi penghantaran yang dirancang bagi penduduk Gaza.

Pengumuman itu dibuat selepas Presiden AS, Joe Biden, dalam ucapan tahunan di Dewan Perwakilan pada Khamis, berkata tentera AS akan membina ‘pelabuhan sementara’ di luar pantai Gaza untuk membawa bantuan.

Bagaimanapun, Pentagon berkata usaha itu akan memerlukan sekurang-kurangnya 60 hari untuk disiapkan, mungkin sudah terlewat bagi penduduk Gaza yang sudah pun kehabisan bekalan barangan keperluan dan makanan.

Sementara itu, agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa akses darat ke Gaza disegerakan dan menegaskan penghantaran melalui udara atau laut tidak berkesan.

Ketika harapan semakin pudar untuk perjanjian gencatan senjata baharu sebelum Ramadan, Biden memberi amaran kepada pemimpin Israel supaya tidak menggunakan akses bantuan sebagai taruhan untuk tawar menawar dengan Hamas.

Perunding Hamas meninggalkan rundingan di Kaherah untuk berunding dengan kepemimpinan gerakan itu di Qatar, namun duta AS ke Israel, Jack Lew, menafikan rundingan itu sudah sampai pada tahap ‘putus asa’.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rayuan jangan boikot Starbucks, netizen ‘sekolahkan’ Vincent Tan

Toshiba bakal muflis?

Ajai tolak berduet dengan Nourul, dah tak ada rasa katanya,

Elly menggigil dicabul ustaz

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker