Farhash saman Wan Fayhsal RM10 juta

Farhash saman Wan Fayhsal RM10 juta

Seorang bekas pemimpin PKR menuntut ganti rugi RM10 juta daripada Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal kerana didakwa memfitnahnya.

Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak memfailkan tuntutan itu pada 22 Jan lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma guaman Tetuan Ahmad Deniel, Ruben & Co.



Dalam pernyataan tuntutannya, Farhash selaku plaintif mendakwa Ahli Parlimen Machang itu mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah mengenainya di pekarangan Parlimen pada 14 Nov 2023, menurut Berita Harian.

Menurutnya, kenyataan itu jelas merujuk kepadanya yang menggambarkan konon beliau menawarkan rasuah atau mengugut Ahli Parlimen untuk memberi sokongan kepada perdana menteri dan kerajaan semasa.

Farhash turut mendakwa, ia memberi gambaran bahawa beliau bersekongkol dan memberi arahan kepada individu dikenali sebagai “Datuk Botak”, untuk menawarkan rasuah atau mengugut Ahli Parlimen lain bagi memperoleh sokongan untuk perdana menteri di Parlimen.

“Kenyataan berbaur fitnah itu memprejudis dan merendahkan perwatakan profesional, kepimpinan, reputasi dan kredibiliti saya.



“Ia turut diterbitkan di beberapa media sosial seperti YouTube rasmi Parlimen Malaysia, TikTok dan WhatsApp dan ia memalukan serta menyebabkan saya termasuk dalam kancah politik meskipun sudah lama meninggalkan arena itu.

“Ini juga turut memalukan saya selaku pengerusi dan pengarah beberapa syarikat tersenarai awam seperti 7-Eleven Malaysia Holdings Berhad dan Apex Equity Holdings Berhad,” katanya.

Farhash menuntut ganti rugi khas sebanyak RM10 juta dan ganti rugi pampasan, am, teruk serta teladan yang tidak dinyatakan jumlahnya daripada Wan Fayhsal

Beliau antara lain memohon perintah injunksi menghalang Wan Fayhsal atau mana-mana ejennya daripada mengulangi kenyataan berbaur fitnah itu dalam apa cara sekalipun dan memohon perintah mahkamah supaya defendan memadamkan hantaran dibuat di mana-mana laman sosial kawalannya. FMT



Farhash saman Wan Fayhsal RM10 juta

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sebelum jadi Datin tak seksi sangat



‘Saya bukan geng plastik hitam’

Azhar Sulaiman tidak tolak jika dijodohkan dengan ahli kumpulan The Gadys



Rumah Influencer dirompak, RM3 juta tunai dan jongkong emas dilarikan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker