The Ahmadi ajaran sesat
Umat Islam dinasihatkan berwaspada dengan ajaran yang bertentangan dengan syariat Islam.
The Ahmadi ajaran sesat
Ajaran The Ahmadi, Religion of Light and Peace adalah bertentangan dengan syariat Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Mohd Na’im berkata pihaknya akan memastikan semua kandungan di media sosial mengenai ajaran itu diturunkan seberapa segera bagi mengelakkan masyarakat daripada terpengaruh.
“Sebagai menteri agama, saya memandang serius terhadap ajaran ini. Saya arahkan semua agensi di bawah saya untuk memantau ajaran di media sosial.
“Sudah tentu pihak kami mahu kandungan seumpama ini diturunkan sebab tidak mahu generasi muda dan pengguna media sosial terpengaruh dengan ajaran ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Keluarga Madani di sini hari ini.
Beliau berkata langkah bagi menurunkan kandungan ajaran The Ahmadi di media sosial itu telah dibincangkan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Kalau dibiarkan, ada yang cetek ilmu agama akan mudah kagum apabila individu yang bersiaran secara langsung di media sosial guna perkataan dalam Bahasa Arab. Kita bimbang penonton menyanjung tinggi dan senang terpengaruh.
“Sebab ada dalam kalangan masyarakat kita apabila dengar ada yang guna istilah Bahasa Arab, mereka akan fikir ini ‘tok guru’. Ini yang kita tidak mahu tengok ia berlaku dalam masyarakat,” katanya.
Tular di media sosial mengenai akaun TikTok dipercayai milik bishop atau ketua ajaran The Ahmadi, Religion of Light and Peace yang mempunyai lebih 30,000 pengikut dan mendapat sambutan apabila pemilik akaun itu menggunakan aplikasi TikTok live atau siaran langsung.
Ditanya keperluan menambah penempatan kader (pegawai hal ehwal agama Islam) di MCMC, Mohd Na’im berkata pihaknya sentiasa bersedia untuk tujuan itu bagi memastikan matlamat utama iaitu membanteras penyebaran ajaran sesat melalui media sosial tercapai.
Mengakui terdapat keperluan untuk menambah jumlah penempatan kader di MCMC, beliau berkata faktor perkembangan teknologi ketika ini menuntut semua pihak untuk bergerak pantas menangani atau menyelesaikan sebarang situasi termasuk menjaga kesucian agama Islam.
“Kalau dahulu ajaran seumpama ini disebarkan secara fizikal…mudah untuk pihak berkuasa jejak, tetapi sekarang melalui media sosial. Ini cabaran kita tetapi insya-Allah dengan kerjasama mantap dengan MCMC dan PDRM, saya yakin kita mampu untuk menjelaskan kepada masyarakat tentang bahaya ajaran The Ahmadi ini,” katanya.
Pada 21 Julai lalu, Mohd Na’im dilaporkan berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menempatkan seorang kader di MCMC, bagi membantu suruhanjaya itu memantau sebarang bentuk hantaran berkaitan ajaran sesat di media sosial. HM
The Ahmadi ajaran sesat
Baca Artikel Menarik:
- The Gadys kena balas dendam – Aina Abdul
- Kertas siasatan Hadi diserah kepada Peguam Negara hari ini
- Adun Bersatu pula isytihar sokong MB Selangor
- 3 pegawai Imigresen LTAS ditahan SPRM kerana seludup warga asing
- Kami kena scam – Aman Graseka
- Amira Othman kerap ditanya…..
- Datuk Red, Adira masih tinggal sebumbung
- Separuh anggota yang hilang telah dijumpai – Kakak Bella
- Perebutan harta punca pasangan suami isteri mati dibunuh
- Mencadangkan ‘benda yang sudah ada’, MP PAS dikecam kerana tidak buat ‘homework’
- Mohon pun tidak tiba-tiba kata dihalang, Pengerusi MADA jawab Sanusi
- Hajar aswad, kenapa umat Islam diharamkan menciumnya?
- Syukur aku tak jual agama demi konten – Ben Amir
- Datuk Red bakal kehilangan kedua-dua isteri
- Pelancong Spain dirogol bergilir-gilir di India
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Saya bukan geng plastik hitam’
Azhar Sulaiman tidak tolak jika dijodohkan dengan ahli kumpulan The Gadys
Rumah Influencer dirompak, RM3 juta tunai dan jongkong emas dilarikan