Mahkamah putuskan bekas PM Pakistan dihukum mati selepas melalui perbicaraan tak adil
ISLAMABAD: Mahkamah Agung Pakistan semalam, memutuska, yang dihukum gantung 44 tahun lalu selepas disabitkan kesalahan membunuh, tidak mendapat perbicaraan yang adil.
Zulfikar, Pengasas Parti Rakyat Pakistan (PPP) yang kini dikendalikan cucunya dan bekas menteri luar negeri Bilawal Bhutto Zardari, dihukum gantung pada 1979 selepas perbicaraan di bawah rejim tentera, Jeneral Zia-ul-Haq.
“Kami tidak mendapati, perbicaraan yang adil dan keperluan proses yang sewajarnya dipenuhi,” kata Ketua Hakim Negara Qazi Faez Isa dalam kenyataan yang disiarkan secara langsung.
Katanya, keputusan itu dibuat secara sebulat suara membabitkan sembilan orang hakim yang diketuai beliau sendiri.
Keputusan itu dibuat sebagai tindak balas kepada rujukan kehakiman yang difailkan bapa Bhutto Zardari, Asif Ali Zardari, semasa memegang jawatan sebagai presiden pada 2011.
Beliau meminta pendapat mahkamah atasan untuk mengkaji semula hukuman mati kepada pengasas PPP itu.
“Keluarga kami menunggu tiga generasi untuk mendengar kata-kata ini,” kata Bhutto Zardari kemudian dalam catatan di X.
Kumpulan hak asasi manusia berkata, 11 tahun pemerintahan diktator Zia-ul-Haq dilabel dengan serangan terhadap demokrasi, penganiayaan dan pemenjaraan kakitangan PPP dan sebatan awam terhadap penentang dan pengkritik.
Pengulas politik yang berpangkalan di London dan pembantu rapat bekas perdana menteri itu, Yousuf Nazar menyifatkan, keputusan itu pengakuan kecuaian keadilan yang besar di bawah rejim undang-undang tentera Zia-ul-Haq.
Katanya, rejim itu juga mendorong negara Islam konservatif ke dalam ekstremisme dan militan, dengan menyokong kumpulan militan untuk memerangi perang sebagai proksi Amerika Syarikat terhadap Kesatuan Soviet ketika itu di Afghanistan.
“Ia membawa kepada tahap sokongan yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan naungan pelampau agama di peringkat negeri,” katanya. – REUTERS
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- The Gadys kena balas dendam – Aina Abdul
- Kertas siasatan Hadi diserah kepada Peguam Negara hari ini
- Adun Bersatu pula isytihar sokong MB Selangor
- 3 pegawai Imigresen LTAS ditahan SPRM kerana seludup warga asing
- Kami kena scam – Aman Graseka
- Amira Othman kerap ditanya…..
- Datuk Red, Adira masih tinggal sebumbung
- Separuh anggota yang hilang telah dijumpai – Kakak Bella
- Perebutan harta punca pasangan suami isteri mati dibunuh
- Mencadangkan ‘benda yang sudah ada’, MP PAS dikecam kerana tidak buat ‘homework’
- Mohon pun tidak tiba-tiba kata dihalang, Pengerusi MADA jawab Sanusi
- Hajar aswad, kenapa umat Islam diharamkan menciumnya?
- Syukur aku tak jual agama demi konten – Ben Amir
- Datuk Red bakal kehilangan kedua-dua isteri
- Pelancong Spain dirogol bergilir-gilir di India
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Azhar Sulaiman tidak tolak jika dijodohkan dengan ahli kumpulan The Gadys
Rumah Influencer dirompak, RM3 juta tunai dan jongkong emas dilarikan
You must be logged in to post a comment.