Bersatu Selangor tak puas hati dengan pimpinan
Bersatu Selangor tak puas hati dengan pimpinan
Beberapa Adun Bersatu di Selangor didakwa menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pimpinan parti dalam beberapa isu, namun masih mengambil sikap tunggu dan lihat untuk mengalihkan sokongan, kata sumber.
Sumber mendakwa kumpulan terbabit belum memutuskan sama ada mahu mengikut jejak langkah Adun Selat Klang Abdul Rashid Asari yang semalam mengumumkan menyokong pentadbiran Menteri Besar Amirudin Shari namun kekal ahli Bersatu.
Wakil rakyat penggal kedua itu mendakwa berbuat demikian selepas meneliti perkembangan terkini terutama tindakan Perikatan Nasional (PN) berdiam diri berhubung tohmahan terhadap Raja-Raja Melayu.
“Memang ada beberapa Adun suarakan rasa tidak puas hati dengan pimpinan, tetapi tak pasti lagi sama ada hendak ikut Rashid,” kata sumber kepada FMT.
Satu lagi sumber mendakwa ada lima Adun cuba dipujuk menyokong pentadbiran Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) Selangor.
“Mereka boleh dikatakan terkesan sebab tiada peruntukan dan susah hendak berkhidmat,” dakwanya.
Selain Rashid, ada laporan media mendakwa lima lagi Adun Bersatu akan mengalihkan sokongan iaitu Wan Dzhahanurin Ahmad (Sungai Kandis), Harrison Hassan (Jeram), Muhammad Muhaimin Harith Abdullah Sani (Batang Kali), Jamil Salleh (Dengkil) dan Rosnizan Ahmad (Morib).
Semalam, Wan Dzhahanurin menafikan laporan itu selain penafian oleh Ketua Bersatu Selangor Azmin Ali.
Tindakan Rashid itu dibuat selepas Bersatu meminda Perkara 10 Perlembagaan pada 2 Mac lalu, menyatakan wakil rakyat menyokong pihak bertentangan dengan arahan atau pendirian parti akan terlucut keahlian secara automatik.
Pindaan itu belum diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.
Bersatu mengambil langkah itu selepas enam Ahli Parlimennya menyokong pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Mereka adalah Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar). FMT
Bersatu Selangor tak puas hati dengan pimpinan
Baca Artikel Menarik:
- The Gadys kena balas dendam – Aina Abdul
- Kertas siasatan Hadi diserah kepada Peguam Negara hari ini
- Adun Bersatu pula isytihar sokong MB Selangor
- 3 pegawai Imigresen LTAS ditahan SPRM kerana seludup warga asing
- Kami kena scam – Aman Graseka
- Amira Othman kerap ditanya…..
- Datuk Red, Adira masih tinggal sebumbung
- Separuh anggota yang hilang telah dijumpai – Kakak Bella
- Perebutan harta punca pasangan suami isteri mati dibunuh
- Mencadangkan ‘benda yang sudah ada’, MP PAS dikecam kerana tidak buat ‘homework’
- Mohon pun tidak tiba-tiba kata dihalang, Pengerusi MADA jawab Sanusi
- Hajar aswad, kenapa umat Islam diharamkan menciumnya?
- Syukur aku tak jual agama demi konten – Ben Amir
- Datuk Red bakal kehilangan kedua-dua isteri
- Pelancong Spain dirogol bergilir-gilir di India
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Saya bukan geng plastik hitam’
Azhar Sulaiman tidak tolak jika dijodohkan dengan ahli kumpulan The Gadys
Rumah Influencer dirompak, RM3 juta tunai dan jongkong emas dilarikan