Jangan Pandang Belakang 2 ulangi fenomena 17 tahun lalu

Jangan Pandang Belakang 2 ulangi fenomena 17 tahun lalu

Selepas mencipta fenomena dengan filem Jangan Pandang Belakang pada 2007, syarikat produksi, Metrowealth International Group (MIG) bakal menjalankan penggambaran untuk sekuel naskhah berkenaan, tahun ini.

Pengarah Urusan MIG, David Teo, berkata antara sebab mengapa produksi mengambil masa kira-kira 17 tahun untuk tampil dengan Jangan Pandang Belakang 2 disebabkan kekangan dihadapi dalam urusan penerbitan filem.



“Untuk menghasilkan sekuel filem ini sebenarnya bukan senang sebab banyak perkara perlu diambil kira. Sebelum ini, kami ada buat siri untuk siaran di RTM dan rating diterima tinggi ketika itu.

“Untuk filem ini, saya dan seluruh produksi fikir ia bukanlah satu tugasan yang mudah. Saya merasakan perlu ada pengarah yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam bidang ini,” katanya kepada BH Online.

Tambah David, antara lain keputusan menerbitkan filem Jangan Pandang Belakang 2 selepas melalui pengalaman mistik yang menyerangnya secara peribadi.

“Selepas apa yang dilalui, saya terus mendapat ilham untuk berkongsi pengalaman sendiri kepada penonton melalui filem dan memilih untuk filem seram fenomena, Jangan Pandang Belakang dijadikan sebagai platform penceritaan.



“Justeru, untuk filem ini saya hadir dengan harapan dapat menjadikan ia sebagai sekuel yang bakal mencetuskan satu gelombang fenomena baharu tidak ubah seperti 17 tahun dahulu,” katanya ditemui pada sidang media dan majlis doa selamat filem Jangan Pandang Belakang 2 di Wisma Metrowealth, Petaling Jaya, baru-baru ini.

David berkata, filem yang bakal menelan belanja kira-kira RM1.8 juta itu berpotensi memberi impak positif berikutan memiliki barisan pelakon yang hebat dan berpengalaman.

“Pelakon yang ada untuk menjayakan filem ini cukup ‘solid’, jadi saya tak bimbang. Saya mahu ia jadi karya yang mudah difahami dan mempunyai kesinambungan dengan yang pertama.

“Bagaimanapun, mungkin jalan ceritanya ada yang berkait dan ada yang tidak. Sekiranya tiada halangan, filem ini dijangka ditayangkan hujung tahun ini,” katanya.



Mengulas pembabitan Pierre Andre selaku pengarah selepas 10 tahun gagal dikesan dalam radar industri hiburan tempatan, David berkata, ia adalah satu perkara yang cukup menggembirakan.

“Saya berterima kasih kepada Pierre kerana sudi kembali ke bidang pengarahan. Sudah lama saya pujuk Pierre untuk kembali sebagai pengarah.

“Sebelum ini, kalau saya hubungi memang tak dapat dan tak tahu apa masalah yang dihadapi. Saya selalu doakan Pierre dapat kembali.

“Justeru, saya berharap Pierre dapat mencipta kembali kegemilangan filem terdahulu dengan kembalinya dalam bidang seni,” katanya.



Sebelum ini, Jangan Pandang Belakang arahan Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri mencipta fenomena ketika ditayangkan pada 2007 sehingga meraih kutipan pecah panggung RM7.4 juta.

Filem Jangan Pandang Belakang 2 adalah kesinambungan daripada kisah saka keluarga Opah yang mencari tuan baharu untuk didampingi, namun ada sesuatu yang menghalang dan membawa pelbagai kejadian menyeramkan.

Menampilkan barisan pelakon seperti Emma Maembong, Iedil Dzuhrie Alaudin, Mawar Rashid, Alif Hadi, Khatijah Tan, Ruminah Sidek dan Cat Farish, filem berkenaan dijangka menemui penonton hujung tahun ini. BH

Jangan Pandang Belakang 2 ulangi fenomena 17 tahun lalu



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa jadi dengan Azhar Sulaiman?



Saya tak halalkan – Alif Satar

Marissa pusing 360 darjah – Abby

RM3.5j majlis perkahwinan anak jutawan Bawal Exclusive

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker